Monday, February 19, 2007

15. Harga Daging Kambing Pada 12 February 2007





Menurut sumber dari KPDNHEP (www.kpdnhep.gov.my), harga 1kg daging kambing tempatan pada 12 February 2007 di bandar-bandar besar adalah seperti berikut: Kangar 25.00, Alor Setar 30.00, Pulau Pinang 28.00, Ipoh 21.00, Klang, 28.00, KL 25.00, Seremban 23.00, Melaka 20.00, Johor Bharu 24.00, Kuantan 27.00, KT 22.00, KB 22.00 dan Kuching 35.00. Harga tertinggi adalah di Kuching pada harga RM35.oo untuk 1kg daging kambing tempatan!

Adalah tanggungjawab fardu kifayah kita dalam memastikan rakyat negara ini dan jiran tetangganya mendapat bekalan daging kambing yang mencukupi.


Majulah Industri Ternakan Kambing Untuk Negara!

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

Sunday, February 11, 2007

14. Mengukur Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing

Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing

Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.

Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape. Di bawah adalah beberapa contoh yang boleh digunakan bagi mendapatkan berat kambing.

Dada (sm),Berat (kg)
27.3, 2.3
33.7, 3.6
34.9, 4.1
38.7, 5.5
40.0, 5.9
41.3, 6.8
55.2, 17
57.8, 19
62.9, 25
65.4, 27
71.8, 34
73.0, 35
84.5, 50
90.8, 61
92.1, 64


UNIT PEDAGING,
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN INDUSTRI,
IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN,
WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1 & 4G2, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PUTRAJAYA
62630 PUTRAJAYA.

TEL: 03-88702000

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

13. Kenapa industri menternak kambing merupakan industri penternakan yang paling cepat membangun?



Permintaan untuk daging kambing di Amerika Syarikat adalah sangat tinggi sehingga tidak dapat ditampung oleh penternak. Oleh kerana itu, kebanyakan dari daging kambing yang dijual di Amerika Syarkat adalah diimpot dari New Zealand atau Australia. Lebih kurang 1.5 juta paun daging kambing dimpot setiap minggu dan permintaan masih terus meningkat. Fenomena ini turut dirasai di Malaysia. Sekitar 80-90% daging kambing untuk pasaran tempatan adalah diimpot dari luar. Jumlah penduduk dan taraf kehidupan serta kesedaran tentang kebaikan daging kambing yang yang meningkat membantu dalam peningkatan untuk permintaan daging kambing.

Apa yang istimewanya tentang daging kambing ini?

Ramai daripada mereka yang mengalami masalah peghadaman memerlukan diet khas. Struktur molekular daging kambing adalah berbeza berbanding dengan daging haiwan lain. Faktor itu menyebabkan ianya lebih mudah dihadamkan. Ia juga mengandungi lemak yang rendah dan rasa yang lebih enak berbanding ayam atau ikan. Ramai menggemari daging kambing terutamanya daging kambing Boer. Kualiti Boer mempengaruhi rasa daging ke arah sederhana, mirip kepada daging lembu dara (lembu muda).

Kambing Boer adalah kambing yang berangka besar dan hampir menyerupai kambing Nubian. Perbezaan yang amat ketara diantara kambing Boer dan kambing baka lain adalah saiznya. Kambing Boer adalah haiwan yang rangka dan ototnya besar. Baka ini dimajukan di Afrika Selatan khusus untuk daging dan ketahanan. Baka ini dapat menghasilkan lebih otot dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan baka lain. Kelebihan ini mudah diturunkan kepada keturunannya. Kambing Boer adalah mudah diternak, tidak cepat marah, penyayang, tidak perlu "milking", tidak perlu penjagaan khas, tidak perlu diketam bulunya dan tidak perlu kandang atau pagar yang canggih. Kambing Boer juga mempunyai sifat ruminan yang tinggi. Kambing Boer sebenarnya dimajukan untuk tugas membersihkan tanah yang terlalu sukar untuk dikerjakan oleh peladang. Ia menghabiskan lebih banyak masa meragut berbanding dengan baka kambing yang lain.

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

Thursday, February 8, 2007

12. Why lots of people like to eat goat meat?


Goat meat is often called chevon, cabrito or capretto. Australia is a major world supplier of quality goat meat to the United States and well as many other countries. Many people do not realise that some 63% of the red meat that is consumed daily worldwide is actually goat meat. The demand in western countries such as the United States and Australia or the UK is from ethnic groups that include Middle Eastern, Asian, African, Latin American and Caribbean people. Most of these people will choose to purchase goat meat whenever they have the opportunity.

Many people ask what is so special about goat meat. Many choose goat meat as it has no religious restrictions like pork. Unlike lamb it has far less fat and many prefer the flavours of goat over beef and sheep meats. The actual molecular structure of goat meat is different and as a result goat meat is more easily digested. The one big advantage is that it is very low fat and very low cholesterol which is ideal for the health conscious person. They make the best Indian style curry there is, and roasted is simply divine.

Based on the test done by USDA,

3oz roasted goat meat contains:

122 calorie, 2.58g fat, 0.79g saturated fat, 23g protein and 3.2mg iron.

3oz roasted beef contains:

245 calorie, 16g fat, 6.8g saturated fat, 23g protein dan 2.9mg iron.

3oz roasted pork contains:

310 calorie, 24 g fat, 8.7 g saturated fat, 21g protein dan 2.7mg iron.

3oz roasted lamb contains:

235 calorie, 16g fat, 7.3 g saturated fat, 22g protein dan 1.4mg iron.

3oz roasted chicken contains:

120 kalori, 3.5 g fat, 1.1g saturated fat, 21g protein dan 1.5mg iron.

It is not a surprise that many people choose to consume goat meat over any other meat and it is our responsibility to educate the society the benefits of consuming goat meat. Healthy meat for healthy body.


Source:

1. USDA Handbook #8, 1989
2. Nutritive value of foods, home and garden bulletin number 72,
USDA, Washington, D.C., US Government Printing Office, 1981

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Reources Click Here!

Sunday, February 4, 2007

11. Kenapa ramai orang suka makan daging kambing?


Daging kambing selalunya dipanggil chevon, cabrito atau capretto. Australia adalah pembekal daging kambing bermutu terbesar ke Amerika Syarikat dan juga pembekal kepada banyak negara lain. Ramai tidak sedar bahawa sebanyak 63% dari daging merah yang dimakan setiap hari diseluruh dunia sebenarnya adalah daging kambing. Permintaan di negara barat seperti Amerika Syarikat dan Australia atau UK adalah dari kaum etnik seperti dari Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Karibean. Sejumlah besar dari kaum etnik ini akan sentiasa memilih untuk membeli daging kambing jika berpeluang.

Ramai bertanya apa yang istimewanya dengan daging kambing. Ramai memilih daging kambing kerana ianya tiada halangan ugama seperti daging khinzir atau daging lembu. Tidak seperti daging bebiri, daging kambing mengandungi lemak yang kurang dan ramai juga yang meggemari rasa daging kambing berbanding daging lembu dan bebiri. Struktur molekular sebenar daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing adalah lebih mudah dihadamkan. Satu kelebihan utama adalah kerana ianya megandungi lemak dan juga kolestrol yang sangat rendah, yang mana ia membuatnya ideal untuk mereka yang prihatan tentang kesihatan diri. Daging kambing juga sangat enak jika di masak kari ataupun di panggang.

Berdasarkan pada hasil ujian oleh USDA, Washington, D.C. ke atas setiap 3 ounce daging kambing, daging lembu, daging khinzir, daging bebiri dan daging ayam yang dipanggang,

daging kambing mengandungi:

122 kalori, 2.58g lemak, 0.79g lemak tepu, 23g protein dan 3.2mg zat besi.

daging lembu mengandungi:

245 kalori, 16g lemak, 6.8g lemak tepu, 23g protein dan 2.9mg zat besi.

daging khinzir mengandungi:

310 kalori, 24 g lemak, 8.7 g lemak tepu, 21g protein dan 2.7mg zat besi.

daging bebiri mengandungi:

235 kalori, 16g lemak, 7.3 g lemak tepu, 22g protein dan 1.4mg zat besi.

daging ayam mengandungi:

120 kalori, 3.5 g lemak, 1.1g lemak tepu, 21 g protein dan 1.5mg zat besi.

Tidak hairanlah jika daging kambing menjadi pilihan ramai dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan daging kambing. Daging sihat untuk badan yang sihat.

Sumber maklumat:

1. USDA Handbook #8, 1989
2. Nutritive value of foods, home and garden bulletin number 72,
USDA, Washington, D.C., US Government Printing Office, 1981

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

10. What is a Boer goat and why breed Boer goats?


Q: What is a Boer goat?
The Boer goat was developed in South Africa as a breed meant solely for meat production. The term "Boer" refers to the descendants of the Dutch immigrants, or Boers, most of them farmers, who settled the country; thus, "Boer" goat simply means "farmer's" goat. Because of the intense selective breeding over the past 50 years or more by South African goat breeders, the Boer goat is considered far superior to any other goat for meat production. It is known for rapid weight gain and heavy muscling and has high fertility. Boer does typically give birth to twins.

Q: What's a Boer goat good for?
Because the Boer was selectively improved for its meat production ability and its ability to pass on that trait to its offspring, along with other traits including pasture hardiness, the addition of a Boer buck to a commercial meat goat herd can improve the meat characteristics of the offspring without making them too "soft" to be pasture goats.
Q: What do Boer goats cost in Malaysia?
A fullblood Boer goat will cost around RM2500-3000 per head while F1 Boer goat will coast around RM700-1200 per head.The price will depend very much on the size, age and quality of the goat.

Q: Do I need Boer influence in my herd to be a successful meat goat producer?
Nope. Not at all. Right now you could probably do well raising and selling meat goats (providing demand holds at present levels and imports don't absolutely flood the country) even if you raised wild, skinny, tough, unimproved meat goats. But as the industry develops and grows, you'll probably want to add at least a Boer buck to your flock to compete with the meaty animals sure to hit the market in the near future.
Full article can be found at www.boergoatshome.com

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

9. Why are Meat Goats the fastest growing livestock industry in the world?


"...The demand for `chevon', or `cabrito', or `goat meat' in the United States is so high that producers can't keep up. Because of this vacuum, much of the goat meat sold in the United States is imported from New Zealand or Australia. About 1.5 million pounds of goat meat is imported every week. And demand just keeps growing.

What is so special about chevon (goat meat)? Many people have digestive problems that require a careful diet. The molecular structure of chevon is different than that of other meats. Therefore, chevon digests more easily. It is also a low fat, good tasting alternative to chicken or fish. I am one of those people who have to watch what they eat. I can eat chicken, some kinds of fish, turkey and chevon. I prefer chevon from an animal that is at least 75% Boer. The Boer influence changes the taste of the meat to a milder, more veal-like flavor.

Boer goats are large framed animals resembling, in many ways, the Nubian goat. The most striking difference between a Boer goat and any other type of goat you may have seen, is the size. A Boer is a large, double muscled animal developed in Southern Africa specifically for meat and hardiness. They can consistently produce more muscling in less time than any other breed of goat, and will pass this capability to their kids. Boers are easy to raise, have mild temperaments, are affectionate, require no milking, no special care, no shearing, and no fancy fences. Boers and Boer crosses also have huge rumen capacity. The Boer goats were developed to clear land that was too difficult to be cleared by humans. They spend a lot more time grazing than other types of goats do.

The above is an excerpt from the article "Why Raise Meat Goats?" by Gail Bowman. You can find the rest of the article at www.boergoatshome.com

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

8. Recipe: Orange Chevon Chops...yummy!


Goat Meat
Orange Chevon Chops

Ingredients:
1kg forequarter chops
1 tablespoon butter
125mls orange juice
1 teaspoon dried mustard
Salt and pepper to taste
Grated rind of 1 orange
1 tablespoon honey
1 teaspoon fresh chopped mint
2 teaspoon cornflour

Heat butter in a pan and brown the chops on each side over a high heat, then reduce the heat. Combine rind, juice, mustard, honey and mint and pour over the chops. Add salt and pepper, cover and simmer gently for 11/2 hours until tender. More juice or water may need to be added during cooking. When cooked, thicken if desired with the cornflour mixed to a paste with a little water. Meat must not be allowed to dry out.
Yummy...yummy...yummy!

Good For Your Health
Goat meat is 50%-65% lower in fat than similarly prepared beef, but has a similar protein content. The US department of Agriculture also has reported that saturated fat in cooked goat meat is 40% less than that of chicken, even with the skin removed.

Goat meat is yummy! yummy! yummy! and healthy!

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

7. Apa itu kambing Boer dan kebaikan menternak Boer.

Q: Apa itu kambing Boer?
Kambing Boer telah dimajukan di Afrika Selatan sebagai baka untuk daging. Perkataan "Boer" dirujuk kepada keturunan dari pendatang Belanda yang ramai daripadanya adalah peladang yang terus menetap di negara itu. Oleh itu "Boer" sebenarnya bemaksud "Kambing peladang". Oleh kerana penternakan baka yang terpilih secara mendalam yang diamalkan oleh penternak Afrika Selatan selama lebih dari 50 tahun yang lalu, baka Boer ini dianggap sebagai baka yang terbaik dari segi penghasilan dagingnya. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak kembar.

Q: Apakah kelebihan kambing Boer ini?

Oleh kerana baka Boer telah dimajukan khusus untuk peghasilan daging dan kebolehannya untuk menurunkan kualiti ini kepada anak-anaknya, bersama kualiti lain termasuk peragutan yang lasak, penambahan kambing jantan Boer kedalam kumpulan kambing ternakan boleh membantu untuk menambahkan kualiti anak-anak kambing tanpa membuat mereka terlalu lembut untuk menjadi kambing peragut.

Q: Berapakah harga kambing Boer ini?
Harga kambing Boer fullblood adalah disekitar RM2500-3000. Boer fullblood selalunya diimport dari Australia. Baka kambing Boer F1 pula adalah disekitar 700-1200. Harga ini bergantung kepada umur, saiz dan kualitinya.


Q: Adakah saya perlu untuk mencampurkan kualiti Boer kedalam kambing ternakan saya?
Tidak perlu. Jikalau permintaan kekal seperti sekarang dan daging kambing import tidak membanjiri pasaran kita, anda mungkin boleh bertahan sekalipun ternakan anda kecil dan kualiti dagingnya rendah seperti kambing cokelat diatas. Tetapi dengan perkembangan industri penternakan kambing di negara kita yang semakin rancak, anda mungkin mahu untuk menimbangkan untuk menambah sekurang-kurangnya kambing Boer jantan seperti kambing Boer putih diatas ke dalam kumpulan ternakan bagi menambah kualiti kambing ternakan anda untuk bersaing dengan daging berkualiti yang sudah tentu akan menguasai pasaran.

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com

6. Merlong Boer Farm.......in the making.





Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

Friday, February 2, 2007

5. Peladang muda pulang ke Sepang

Adam, si peladang muda telah mengakhiri lawatan sambil belajar ke Ladang Kambing Boer Merlong yang diusahakan oleh atuk atuknya Encik Kamaruzaman dan Encik Norazam. Telah banyak yang dapat dipelajari oleh si peladang muda semasa lawatan singkat ini, diantaranya adalah:

a. teknik memberi kambing boer makan tanpa menakutkan kambing kambing itu
b. teknik menunggang motor secara asas dan advance
c. teknik bagaimana berudu berenang

Didalam perjalanan pulang, Acunya telah turut cuba untuk menunjukkan kepada Adam cara membuat symbol I love you dalam sign language (sementara atuknya kelihatan sedang tidur lena di background). Semasa berita ini ditulis, Adam, si peladang muda, masih belum dapat memahiri skill ini.




Semasa singgah rehat di Ayer Keroh, Adam si peladang muda, sempat meggayakan sepasang baju melayu lengkap dengan accessories.



Sementara itu, Ibu (nama manja yang diberikan oleh Encik Norazam) mewakili kesemua 10 ekor kambing baka Boer di Ladang Kambing Boer Merlong, mengucapkan terima kasih kepada Adam, si peladang muda, kerana sudi datang melawat mereka.



Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

4. Peladang muda main parit



Ibu (nama manja) telah melaporkan kepada jurugambar bahawa dia telah nampak Adam, si peladang muda sedang bermain main di tepi parit berdekatan dengan kandang kambing di Ladang Kambing Boer Merlong. Jurugambar telah bergegas ke tempat kejadian.



Setiba ditempat kejadian, Adam, si peladang muda, kelihatan sedang memerhatikan sekumpulan berudu yang sedang berenang renang dengan penuh kagum. Ini mungkin kali pertama si peladang muda ini berjumpa dengan berudu.



Ketika di soal, Adam, si peladang muda ini, terus cuba untuk megalihkan perhatian jurugambar dengan menunjukkan kepada arah yang berlainan.

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com

3. Peladang muda belajar naik motor

Adam, si peladang muda telah mengambil kesempatan untuk belajar naik motor semasa berada di Ladang Kambing Boer Merlong. Udanya telah bersetuju untuk mengajar Adam teknik teknik asas menunggang motor menggunakan motor kesayangan Tok Mannya.



Setelah berjaya mendapatkan teknik teknik asas menunggang motor, Adam telah diperkenalkan kepada teknik yang agak rumit oleh Udanya. Diluar jangkaan Udanya, Adam dengan mudah dapat memahirkan dirinya dengan teknik rumit itu. Ini adalah pencapaian terbaru di arena menunggang motor di negara ini.


Sementara itu, Ibu (nama manja kepada kambing Boer ini) sangat kagum dengan kebolehan Adam. Tidak pernah seumur hidupnya dia melihat budak berumur 2 tahun yang bukan sahaja pandai memberi kambing makan, juga pandai menunggang motor menggunakan teknik rumit itu.




Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

2. Adam si peladang muda

Adam, seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 2 tahun telah mula menunjukkan bakat dan kebolehan dalam menternak kambing Boer. Dia yang berada di Merlong Tambak untuk lawatan singkat selama 2 hari, telah dapat menimba ilmu dan tips yang telah diberikan oleh atuk atuknya Encik Kamaruzaman (Tok Man, berbaju coklat) dan Encik Norazam (Tok Zam, berbaju merah). Atuk atuknya berpendapat bahawa jika diberikan pendedahan awal dan latihan yang teratur, bakat yang ditunjukkan berpotensi untuk dimajukan ke peringkat yang lebih tinggi. Sementara itu Adam merasa sangat seronok melihat kambing kambing peliharaan makan dengan berseleranya.






Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

1. Merlong Boer Farm Chapter 1



Pada hari Sabtu 6 January 2007, kumpulan pertama 10 ekor kambing betina baka Boer telah tiba di Ladang Kambing Boer Merlong. Ladang ini yang terletak di No 3 Merlong Tambak, Rengit, Batu Pahat, Johor, diusahakan oleh pasangan adik beradik Kamaruzaman Abu Bakar dan Norazam Abu Bakar. Dari 10 ekor kambing yang diterima, sekurang kurangnya 5 ekor telah didapati sedang bunting. Ini adalah berita yang menggembirakan buat mereka. Pemerhatian sedang dijalankan untuk memastikan sama ada yang selebihnya juga sedang bunting. Walaupun baka Boer bukanlah dari jenis "fullblood", ini hanyalah langkah pertama ke arah meghasilkan lebih banyak baka Boer yang lebih bermutu tinggi. Jabatan Haiwan juga telah menghantar pegawai pegawainya untuk membuat lawatan dan pemeriksaan ke atas kandang dan kambing. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Haiwan atas nasihat dan kerjasama yang diberikan.





Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!