Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Friday, November 23, 2007

Kandang dan kawasan tanaman rumput





Kandang kambing yang boleh memuatkan lebih kurang 200 ekor kambing. Bahagian stor makanan dan perlalatan yang sedang dibesarkan.

Rumput napier yang ditanam disekitar kawasan kandang.

Tuesday, September 25, 2007

Zakat Kambing / Bebiri

Zakat Kambing/Bebiri

Nishab kambing/bebiri adalah 40 ekor, ertinya bila seseorang itu telah memiliki 40 ekor kambing/bebiri selama setahun maka ia telah wajib membayar zakat ternakan.

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dari Anas bin Malik, maka dapat dibuat perkiraan seperti berikut:

Nishab Zakat

a. 40-120 ekor ternakan kambing/bebiri nishab zakatnya 1 ekor kambing(2thn)/bebiri(1thn)
b. 121-200 ekor ternakan kambing/bebiri nishab zakatnya 2 ekor kambing(2thn)/bebiri(1thn)
c. 201-300 ekor ternakan kambing/bebiri nishab zakatnya 3 ekor kambing(2thn)/bebiri(1thn)
(Selanjutnya, pada setiap penambahan 100 ekor maka zakatnya bertambah 1 ekor).


* diekstrak dari www.pkpu.or.id

Monday, September 24, 2007

Kambing Lekat Uri

Minggu lepas saya menerima panggilan dari rakan penternak Nazir dari Perak. Kesian Nazir, kambing induknya yang baru sahaja beranak mengalami masalah uri melekat. Memandangkan saya tidak pernah mengalami pengalaman ini, saya pun membuat sedikit research di internet untuk mencari jalan penyelesaiannya.

(Alhamdulillah kambing induknya selamat setelah diberi antibiotik oleh JPH. Walaupan anak kambing yng lahir itu mati, induknya masih dapat diselamatkan).

Kambing lekat uri selepas beranak

1. Lekat uri berlaku akibat kegagalan uri terpisah daripada dinding uterus (rahim), sama ada selepas kelahiran normal atau keguguran. Selalunya berlaku pada lembu tetapi boleh juga berlaku pada kambing.

Lekat uri bukanlah indikasi utama jangkitan brucella, walaubagaimanapun sekiranya berlaku keguguran yang tinggi dalam ladang perlulah melakukan pemeriksaan lanjut. Sampel darah, fetus yang gugur atau calitan vulva boleh dihantar ke makmal untuk pengesahan jangkitan brucella.

Tiada vaksinasi untuk lekat uri. Sebaiknya potong uri yang menjuntai keluar (elakkan jangkitan kedua bakteria), suntik long acting antibiotik (cth terramycin). Uri akan keluar selepas beberapa hari. Pada lembu disuntik oxytocin (awal , < 24jam) atau PGF2a (lewat, >24jam)

Bagi rawatan tradisional pula:

a. BATU - Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar

b. DAUN BULUH MUDA - 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.

c. KULIT BUAH NENAS - 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.



* diekstrak dari www.dodon.org

Monday, May 14, 2007

Kambing Cross United Nations


Gambar kambing cross United Nations (berbagai jenis) yang di ternak oleh Ladang Sri Millch di Banting , Selangor.

Kambing kambing ini adalah cross dari berbagai jenis antaranya British Alpine, Saneen, Jamnapari, Katjang dan Boer.



Memandangkan harga Boer yang tinggi masa ini, mungkinkah ianya idea yang baik kalau ibu ibu dari cross UN ini digunakan untuk cross breeding dengan Fullblood Boer jantan.

Wednesday, April 18, 2007

Bawak Kambing Jalan-Jalan Cari Makan.

























Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

Monday, February 19, 2007

15. Harga Daging Kambing Pada 12 February 2007





Menurut sumber dari KPDNHEP (www.kpdnhep.gov.my), harga 1kg daging kambing tempatan pada 12 February 2007 di bandar-bandar besar adalah seperti berikut: Kangar 25.00, Alor Setar 30.00, Pulau Pinang 28.00, Ipoh 21.00, Klang, 28.00, KL 25.00, Seremban 23.00, Melaka 20.00, Johor Bharu 24.00, Kuantan 27.00, KT 22.00, KB 22.00 dan Kuching 35.00. Harga tertinggi adalah di Kuching pada harga RM35.oo untuk 1kg daging kambing tempatan!

Adalah tanggungjawab fardu kifayah kita dalam memastikan rakyat negara ini dan jiran tetangganya mendapat bekalan daging kambing yang mencukupi.


Majulah Industri Ternakan Kambing Untuk Negara!

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!