Monday, September 24, 2007

Kambing Lekat Uri

Minggu lepas saya menerima panggilan dari rakan penternak Nazir dari Perak. Kesian Nazir, kambing induknya yang baru sahaja beranak mengalami masalah uri melekat. Memandangkan saya tidak pernah mengalami pengalaman ini, saya pun membuat sedikit research di internet untuk mencari jalan penyelesaiannya.

(Alhamdulillah kambing induknya selamat setelah diberi antibiotik oleh JPH. Walaupan anak kambing yng lahir itu mati, induknya masih dapat diselamatkan).

Kambing lekat uri selepas beranak

1. Lekat uri berlaku akibat kegagalan uri terpisah daripada dinding uterus (rahim), sama ada selepas kelahiran normal atau keguguran. Selalunya berlaku pada lembu tetapi boleh juga berlaku pada kambing.

Lekat uri bukanlah indikasi utama jangkitan brucella, walaubagaimanapun sekiranya berlaku keguguran yang tinggi dalam ladang perlulah melakukan pemeriksaan lanjut. Sampel darah, fetus yang gugur atau calitan vulva boleh dihantar ke makmal untuk pengesahan jangkitan brucella.

Tiada vaksinasi untuk lekat uri. Sebaiknya potong uri yang menjuntai keluar (elakkan jangkitan kedua bakteria), suntik long acting antibiotik (cth terramycin). Uri akan keluar selepas beberapa hari. Pada lembu disuntik oxytocin (awal , < 24jam) atau PGF2a (lewat, >24jam)

Bagi rawatan tradisional pula:

a. BATU - Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar

b. DAUN BULUH MUDA - 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.

c. KULIT BUAH NENAS - 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.



* diekstrak dari www.dodon.org

No comments: