Wednesday, September 26, 2007
Macam-macam Kambing ada!
Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.
Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik.
British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.
Nigerian Dwarf- tidak pernah dijumpai di Malaysia. Mungkin di bela sebagai haiwan peliharaan. Kecik dan cute.
Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak kambing.
Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.
Kampung- Ini adalah hero kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.
Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika.
Mountain- Kambing Gunung. Hidup di kawasan tanah tinggi di benua Amerika. Malaysia mempunyai spesis kambing gunung sendiri.
Somali-Kambing yang amat banyak terdapat di Somalia. Tahan penyakit dan mudah diternak di kawasan yang tidak subur. Diberitakan ada syarikat koperasi yang mengimpotrt kambing dengan jumlah yang besar dari Somaliland. Mungkin inilah breed yang diimport.
BadBoer (Badak+Boer)- Badak couple dengan Kambing boer. Tak pernah dengar lagi kalau ada yang menjadik. Kalau dapat anak, mesti jadik breed yang paling besar dalam sejarah kambing.
Labels:
Anglo Nubian,
Badak,
british alpine,
Feral,
jamnapari,
kambing boer,
Kampung,
Kiko,
Nigerian Dwarf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hang bole try kot kacuk depa dua ni....kah......
Post a Comment