Monday, September 24, 2007
Anak Kambing Kami Kena Pneumonia
Kami ingin berkongsi pengalaman kami membeli anak-anak kambing pada bulan Jun yang lepas. 4 anak kambing yang berumur kira2 3 bulan yang saya baru saja kami beli telah batuk2 dan selsema. Saya perasan anak kambing ni dah mula batuk2 sejak saya ambil dari kandang penjual lagi. Bila saya bertanya, si penjual memberitahu itu memang perkara biasa dan anak-anak kambing itu akan baik dalam masa 2-3 hari.
Tetapi setelah 2 hari di kandang saya, anak-anak kambing tu tetap batuk dan selesema dan mula mengasingkan diri dan tidak mahu makan. Kami telah menempatkannya didalam kotak, diberi minum susu dalam botol dan diselimutkan. Pegawai JPH datang dan beri injection. Kata mereka mungkin stress akibat perubahan persekitaran.
Malangnya selepas 2 hari kedua2nya mati. Keesokannya lagi 2 anak kambing tu mati. Tak sempat kami nak bagi nama.
Kami minta JPH buat Post mortem dan memberi surat untuk memastikan jika kematian ini adalah berpunca dari sakit pneumonia. Denagn adanya surat ini kami berharap agar penjual akan membayar ganti rugi di atas kematian anak-anak kambing itu. Tetapi JPH enggan membuat Post mortem dan mengeluarkan surat yang dipinta.
Saya pun bertanya kepada Dr. Dodon mengenai kemusykilan kami ni.
Jawapan dari Dr. Dodon yang membantu kami memahami masalah sebenar:
Daripada tanda-tanda klinikal yang anda nyatakan itu kemungkinan besar anak kambing anda mengalami keradangan paru-paru (pneumonia).
Menjawab kepada soalan anda:
1. Untuk mengurangkan masalah kematian ternakan yang baru dibeli, pastikan:
- Membeli stok ternakan daripada ladang yang bebas daripada penyakit dan di urus dengan baik.
- Jangan sama sekali beli ternakan yang ada tanda-tanda penyakit. Beli ternakan yang benar-benar sihat sahaja.
- Jika perlu mohon dapatkan sijil kesihatan ternakan yang disahkan oleh JPH.
- Setiap ternakan yang baru dibawa masuk ke dalam ladang perlu di kuaratin/asingkan sekurang-kurangnya 2 minggu. Sepanjang tempoh itu beri minum air bercampur antistress.
2. Rawatan untuk pneumonia; biasanya kurangkan stress dan beri suntikan antibiotik (long acting), kemudian sokong dengan vitamin, sekiranya tidak makan beri b-complex, beri minum anti-stress. Anak perlu diberi kolostrum.
3. JPH hanya boleh membatu melakukan Post Mortem, Patologist bertauliah boleh memberikan confirmasi muktamad terhadap penyebab kematian ternakan, apalagi sekiranya keputusan digunakan untuk rujukan mahkamah.
Terima Kasih, Dr. Dodon. Kami telah belajar dari pengalaman ini. Semoga pengalaman kami menjadi pengajaran kepada kami dan rakan penternak semua.
* diekstrak dari www.dodon.org
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment