Showing posts with label anak kambing. Show all posts
Showing posts with label anak kambing. Show all posts

Thursday, November 29, 2007

Kami menerima lawatan dari pelajar UKM



















Pada 23 Oktober 2007 kami dengan berbesar hati telah menerima kunjungan sambil belajar dari sekumpulan 60 pelajar dan pensyarah dari Jurusan Ekonomi Pertanian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)yang di ketuai oleh saudari Karen Chiew. Semasa lawatan ini kami dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai industri ternakan kambing. Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kumpulan pelajar dan pensyarah ini menunjukkan satu petanda yang baik untuk industri ini. Kami berharap minat dan usaha ini diteruskan untuk kebaikan bersama. Selamat berjaya kami ucapkan kepada kumpulan pelajar dan pensyarah UKM ini.

Friday, November 23, 2007

Saturday, October 6, 2007

Tanaman Campur Mampu Beri Pendapatan RM2,000 Sebulan

Tanaman Campur Mampu Beri Pendapatan RM2,000 Sebulan

BACHOK, 28 Jun (Bernama) — Sistem tanaman campur yang mengandungi ubi keledek, kenaf, dan kacang tanah di samping peliharaan kambing di kawasan tanah beris berpotensi memberi pandapatan RM2,000 sebulan sehektar kepada petani.Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman berkata negeri-negeri yang mempunyai tanah berpasir halus terutama di Kelantan sesuai diusahakan dengan projek berkenaan.”Negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kedah juga berpotensi untuk dikomersilkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang melawat Stesen MARDI, Telong di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias.Dr Abdul Shukor berkata projek berkenaan sangat sesuai sebagai tanaman alternatif kepada tanaman tembakau terutama di Bachok dan Pasir Puteh.Beliau berkata tanaman ubi keledek yang boleh dituai dua kali setahun mampu menghasilkan pelbagai produk makanan ringan seperti kek, coklat selain kuih-kuih tradisional.

Dr Abdul Shukor berkata langkah terbaik mereka mesti menyusun sistem pemasaran seperti kontrak ladang dengan agensi yang terbabit untuk mendapatkan pasaran lebih terjamin.

– BERNAMA

Monday, September 24, 2007

Anak Kambing Kami Kena Pneumonia



Kami ingin berkongsi pengalaman kami membeli anak-anak kambing pada bulan Jun yang lepas. 4 anak kambing yang berumur kira2 3 bulan yang saya baru saja kami beli telah batuk2 dan selsema. Saya perasan anak kambing ni dah mula batuk2 sejak saya ambil dari kandang penjual lagi. Bila saya bertanya, si penjual memberitahu itu memang perkara biasa dan anak-anak kambing itu akan baik dalam masa 2-3 hari.

Tetapi setelah 2 hari di kandang saya, anak-anak kambing tu tetap batuk dan selesema dan mula mengasingkan diri dan tidak mahu makan. Kami telah menempatkannya didalam kotak, diberi minum susu dalam botol dan diselimutkan. Pegawai JPH datang dan beri injection. Kata mereka mungkin stress akibat perubahan persekitaran.

Malangnya selepas 2 hari kedua2nya mati. Keesokannya lagi 2 anak kambing tu mati. Tak sempat kami nak bagi nama.

Kami minta JPH buat Post mortem dan memberi surat untuk memastikan jika kematian ini adalah berpunca dari sakit pneumonia. Denagn adanya surat ini kami berharap agar penjual akan membayar ganti rugi di atas kematian anak-anak kambing itu. Tetapi JPH enggan membuat Post mortem dan mengeluarkan surat yang dipinta.

Saya pun bertanya kepada Dr. Dodon mengenai kemusykilan kami ni.

Jawapan dari Dr. Dodon yang membantu kami memahami masalah sebenar:

Daripada tanda-tanda klinikal yang anda nyatakan itu kemungkinan besar anak kambing anda mengalami keradangan paru-paru (pneumonia).

Menjawab kepada soalan anda:
1. Untuk mengurangkan masalah kematian ternakan yang baru dibeli, pastikan:
- Membeli stok ternakan daripada ladang yang bebas daripada penyakit dan di urus dengan baik.
- Jangan sama sekali beli ternakan yang ada tanda-tanda penyakit. Beli ternakan yang benar-benar sihat sahaja.
- Jika perlu mohon dapatkan sijil kesihatan ternakan yang disahkan oleh JPH.
- Setiap ternakan yang baru dibawa masuk ke dalam ladang perlu di kuaratin/asingkan sekurang-kurangnya 2 minggu. Sepanjang tempoh itu beri minum air bercampur antistress.

2. Rawatan untuk pneumonia; biasanya kurangkan stress dan beri suntikan antibiotik (long acting), kemudian sokong dengan vitamin, sekiranya tidak makan beri b-complex, beri minum anti-stress. Anak perlu diberi kolostrum.

3. JPH hanya boleh membatu melakukan Post Mortem, Patologist bertauliah boleh memberikan confirmasi muktamad terhadap penyebab kematian ternakan, apalagi sekiranya keputusan digunakan untuk rujukan mahkamah.


Terima Kasih, Dr. Dodon. Kami telah belajar dari pengalaman ini. Semoga pengalaman kami menjadi pengajaran kepada kami dan rakan penternak semua.



* diekstrak dari www.dodon.org