Saturday, October 6, 2007

Tanaman Campur Mampu Beri Pendapatan RM2,000 Sebulan

Tanaman Campur Mampu Beri Pendapatan RM2,000 Sebulan

BACHOK, 28 Jun (Bernama) — Sistem tanaman campur yang mengandungi ubi keledek, kenaf, dan kacang tanah di samping peliharaan kambing di kawasan tanah beris berpotensi memberi pandapatan RM2,000 sebulan sehektar kepada petani.Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman berkata negeri-negeri yang mempunyai tanah berpasir halus terutama di Kelantan sesuai diusahakan dengan projek berkenaan.”Negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kedah juga berpotensi untuk dikomersilkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang melawat Stesen MARDI, Telong di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias.Dr Abdul Shukor berkata projek berkenaan sangat sesuai sebagai tanaman alternatif kepada tanaman tembakau terutama di Bachok dan Pasir Puteh.Beliau berkata tanaman ubi keledek yang boleh dituai dua kali setahun mampu menghasilkan pelbagai produk makanan ringan seperti kek, coklat selain kuih-kuih tradisional.

Dr Abdul Shukor berkata langkah terbaik mereka mesti menyusun sistem pemasaran seperti kontrak ladang dengan agensi yang terbabit untuk mendapatkan pasaran lebih terjamin.

– BERNAMA

No comments: