Monday, October 15, 2007

Salam Aidil Fitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada semua pengunjung blog merlong boer farm. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dan berpeluang bergembira bersama keluarga. Kami doakan semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T.

Bulan Ramadan ini kami telah menerima hadiah istimewa dari Allah S.W.T. dengan kehadiran ahli keluarga terbaru kami. Anak perempuan saya telah selamat dilahirkan pada 8 Oktober 2007 pada pukul 11.45 malam. Kami bersyukur kepada Ilahi dengan limpah rahmat dan keizinannya, Ibu dan anak didalam keadaan sihat walafiat.

Kami juga bersyukur kerana keluarga dan rakan2 kami semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Kami mendoakan semoga rakan pengunjung blog ini dan juga rakan penternak sentiasa didalam lindungannya. Kandang dan perniagaan kami juga semakin menunjukkan kemajuan. Alhamdulillah.

Kami berterima kasih kerana telah menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai lokasi kandang kami. Kandang kami beralamat di No. 3 @ tiang lampu RS 104, Merlong Tambak, Sungai Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim (di sebelah jalan utama Batu Pahat - Pontian). Tempat kami terletak sebelah kanan 3 km dari pekan Rengit (kalau datang dari arah BP) dan sebelah kiri 6 km dari pekan Benut (kalau datang dari arah Pontian), hampir dengan jambatan kecil sungai merlong dan depan rumah ada banyak pokok pinang merah.

InsyaAllah akan kami muatkan gambar tempat kami supaya menjadi panduan.

4 comments:

Adrianizam Shah Adanan said...

Ateh,

congratulation...

faidzal ghazali said...

Adrian,

Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang amat diperlukan untuk meneruskan usaha kami.

Rantau Agro Farm said...

Tahniah di atas usaha anda. Saya pun baru saja berkecimpung dalam bidang ini sekita 4 bulan yang lalu. Blog saya di http://rantauagrofarm.blogspot.com

faidzal ghazali said...

Tahniah Rantau Agro kerana menyahut cabaran dan bersama sama ingin membangunkan industri ternakan kambing negara. Selamat Berjaya!