Saturday, February 7, 2009

Bekalan Pallet Biopalma Biasa dan yang khusus untuk Kambing

Salam hormat,

Harga makanan yang naik melambung telah memberi tekanan kepada penternak di negara kita. Ada beberapa kandang yang terpaksa ditutup kerana kos operasi yang terlalu tinggi berbanding hasil kandang. Kami turut merasa tekanan tersebut. Kami telah meminta nasihat daripada rakan2 penternak lain dan juga badan berkenaan. Yang baiknya, ramai yang menjadi kreatif akibat keadaan semasa dan telah berjaya menggunakan berbagai hasil buangan seperti sisa jagung, pisang, soya, sagu dari kilang IKS. Daun kelapa sawit dan rumput2 liar dan apa jua daun yang boleh dimakan juga turut digunakan. Tetapi kami juga dapati tidak semua penternak yang mempunyai kemudahan untuk mendapatkan hasil makanan ini.

Kami juga telah dinasihatkan untuk terus menggunakan pallet sebagai makanan sampingan untuk memastikan bekalan zat dan vitamin yang kritikal untuk tumbesaran dan kesihatan kambing. Secara dasarnya, makanan baik, kambing sihat dan produktif, anak dan susu banyak, pulangannya pun baik dan masa tidak terbuang. Tentunya kita tidak mahu membuang masa dan tenaga dengan memberi makanan yang tidak bermutu dan 3-6-9 bulan kemudian kambing2 menjadi kurus, tidak sihat, tak mau beranak dan sebagainya.

Kami pun telah meningkatkan penggunaan rumput napier dan meneruskan pemberian pallet sebagai makanan sampingan. Kami mencuba beberapa jenis pallet yang terdapat di Batu Pahat. Kami kemudian terus mencuba dengan pallet Biopalma keluaran Felda. Kami dapati harganya masih ok.

Yang penting harganya adalah jauh lebih murah dari harga pallet soya hull atau wheat yang telah kami gunakan yang berada disekitar RM50/50kg bag sekarang ini.

Untuk memudahkan penternak di Batu Pahat, kami telah mendapatkan bekalan pallet pallet Bioplama ini. Bekalan pallet Biopalma Biasa dan yang khusus untuk Kambing telahpun selamat tiba di kandang kami di Sg. Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Harga terkini:

Pallet Biopalma biasa adalah RM38/50kg bag
Pallet Biopalma khusus untuk kambing adalah RM41/50kg bag

Kami telah mencuba beberapa jenis pallet dan kami mendapati pallet Biopalma memberi pulangan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami yakin dengan pallet ini kerana itulah kami memberi pallet Biopalma sebagai makanan sampingan kepada ternakan kami.

Kepada penternak yang berminat untuk mendapatkan bekalan pallet Biopalma Felda, sila hubungi Shazali 0192737720, Faidzal 0123706480 atau NorAzam 0136020836. Kami faham masalah anda kerana kami juga penternak seperti anda.

2 comments:

Syam Ghaz said...

slm ziarah, jmpt k blog kami utk order kmbng Anglo brmula dgn hrga RM272/ekor +,kmbg Boer F4 RM500+ shja, Benih Rumput IKN091 yg mampu gantikan DEDAK.TQ- www.usahawantani-kelantan.blogspot.com. TQ

Ahmad Rustam Bin Amir said...

cari duit lebih...!
Dapatkan buku ''Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan'' di http://penternakjutawan.blogspot.com/