Sunday, February 4, 2007

7. Apa itu kambing Boer dan kebaikan menternak Boer.

Q: Apa itu kambing Boer?
Kambing Boer telah dimajukan di Afrika Selatan sebagai baka untuk daging. Perkataan "Boer" dirujuk kepada keturunan dari pendatang Belanda yang ramai daripadanya adalah peladang yang terus menetap di negara itu. Oleh itu "Boer" sebenarnya bemaksud "Kambing peladang". Oleh kerana penternakan baka yang terpilih secara mendalam yang diamalkan oleh penternak Afrika Selatan selama lebih dari 50 tahun yang lalu, baka Boer ini dianggap sebagai baka yang terbaik dari segi penghasilan dagingnya. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak kembar.

Q: Apakah kelebihan kambing Boer ini?

Oleh kerana baka Boer telah dimajukan khusus untuk peghasilan daging dan kebolehannya untuk menurunkan kualiti ini kepada anak-anaknya, bersama kualiti lain termasuk peragutan yang lasak, penambahan kambing jantan Boer kedalam kumpulan kambing ternakan boleh membantu untuk menambahkan kualiti anak-anak kambing tanpa membuat mereka terlalu lembut untuk menjadi kambing peragut.

Q: Berapakah harga kambing Boer ini?
Harga kambing Boer fullblood adalah disekitar RM2500-3000. Boer fullblood selalunya diimport dari Australia. Baka kambing Boer F1 pula adalah disekitar 700-1200. Harga ini bergantung kepada umur, saiz dan kualitinya.


Q: Adakah saya perlu untuk mencampurkan kualiti Boer kedalam kambing ternakan saya?
Tidak perlu. Jikalau permintaan kekal seperti sekarang dan daging kambing import tidak membanjiri pasaran kita, anda mungkin boleh bertahan sekalipun ternakan anda kecil dan kualiti dagingnya rendah seperti kambing cokelat diatas. Tetapi dengan perkembangan industri penternakan kambing di negara kita yang semakin rancak, anda mungkin mahu untuk menimbangkan untuk menambah sekurang-kurangnya kambing Boer jantan seperti kambing Boer putih diatas ke dalam kumpulan ternakan bagi menambah kualiti kambing ternakan anda untuk bersaing dengan daging berkualiti yang sudah tentu akan menguasai pasaran.

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com

No comments: