Friday, February 2, 2007

4. Peladang muda main parit



Ibu (nama manja) telah melaporkan kepada jurugambar bahawa dia telah nampak Adam, si peladang muda sedang bermain main di tepi parit berdekatan dengan kandang kambing di Ladang Kambing Boer Merlong. Jurugambar telah bergegas ke tempat kejadian.



Setiba ditempat kejadian, Adam, si peladang muda, kelihatan sedang memerhatikan sekumpulan berudu yang sedang berenang renang dengan penuh kagum. Ini mungkin kali pertama si peladang muda ini berjumpa dengan berudu.



Ketika di soal, Adam, si peladang muda ini, terus cuba untuk megalihkan perhatian jurugambar dengan menunjukkan kepada arah yang berlainan.

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com

No comments: