Sunday, February 4, 2007
11. Kenapa ramai orang suka makan daging kambing?
Daging kambing selalunya dipanggil chevon, cabrito atau capretto. Australia adalah pembekal daging kambing bermutu terbesar ke Amerika Syarikat dan juga pembekal kepada banyak negara lain. Ramai tidak sedar bahawa sebanyak 63% dari daging merah yang dimakan setiap hari diseluruh dunia sebenarnya adalah daging kambing. Permintaan di negara barat seperti Amerika Syarikat dan Australia atau UK adalah dari kaum etnik seperti dari Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Karibean. Sejumlah besar dari kaum etnik ini akan sentiasa memilih untuk membeli daging kambing jika berpeluang.
Ramai bertanya apa yang istimewanya dengan daging kambing. Ramai memilih daging kambing kerana ianya tiada halangan ugama seperti daging khinzir atau daging lembu. Tidak seperti daging bebiri, daging kambing mengandungi lemak yang kurang dan ramai juga yang meggemari rasa daging kambing berbanding daging lembu dan bebiri. Struktur molekular sebenar daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing adalah lebih mudah dihadamkan. Satu kelebihan utama adalah kerana ianya megandungi lemak dan juga kolestrol yang sangat rendah, yang mana ia membuatnya ideal untuk mereka yang prihatan tentang kesihatan diri. Daging kambing juga sangat enak jika di masak kari ataupun di panggang.
Berdasarkan pada hasil ujian oleh USDA, Washington, D.C. ke atas setiap 3 ounce daging kambing, daging lembu, daging khinzir, daging bebiri dan daging ayam yang dipanggang,
daging kambing mengandungi:
122 kalori, 2.58g lemak, 0.79g lemak tepu, 23g protein dan 3.2mg zat besi.
daging lembu mengandungi:
245 kalori, 16g lemak, 6.8g lemak tepu, 23g protein dan 2.9mg zat besi.
daging khinzir mengandungi:
310 kalori, 24 g lemak, 8.7 g lemak tepu, 21g protein dan 2.7mg zat besi.
daging bebiri mengandungi:
235 kalori, 16g lemak, 7.3 g lemak tepu, 22g protein dan 1.4mg zat besi.
daging ayam mengandungi:
120 kalori, 3.5 g lemak, 1.1g lemak tepu, 21 g protein dan 1.5mg zat besi.
Tidak hairanlah jika daging kambing menjadi pilihan ramai dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan daging kambing. Daging sihat untuk badan yang sihat.
Sumber maklumat:
1. USDA Handbook #8, 1989
2. Nutritive value of foods, home and garden bulletin number 72,
USDA, Washington, D.C., US Government Printing Office, 1981
Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment