Sunday, February 11, 2007

13. Kenapa industri menternak kambing merupakan industri penternakan yang paling cepat membangun?



Permintaan untuk daging kambing di Amerika Syarikat adalah sangat tinggi sehingga tidak dapat ditampung oleh penternak. Oleh kerana itu, kebanyakan dari daging kambing yang dijual di Amerika Syarkat adalah diimpot dari New Zealand atau Australia. Lebih kurang 1.5 juta paun daging kambing dimpot setiap minggu dan permintaan masih terus meningkat. Fenomena ini turut dirasai di Malaysia. Sekitar 80-90% daging kambing untuk pasaran tempatan adalah diimpot dari luar. Jumlah penduduk dan taraf kehidupan serta kesedaran tentang kebaikan daging kambing yang yang meningkat membantu dalam peningkatan untuk permintaan daging kambing.

Apa yang istimewanya tentang daging kambing ini?

Ramai daripada mereka yang mengalami masalah peghadaman memerlukan diet khas. Struktur molekular daging kambing adalah berbeza berbanding dengan daging haiwan lain. Faktor itu menyebabkan ianya lebih mudah dihadamkan. Ia juga mengandungi lemak yang rendah dan rasa yang lebih enak berbanding ayam atau ikan. Ramai menggemari daging kambing terutamanya daging kambing Boer. Kualiti Boer mempengaruhi rasa daging ke arah sederhana, mirip kepada daging lembu dara (lembu muda).

Kambing Boer adalah kambing yang berangka besar dan hampir menyerupai kambing Nubian. Perbezaan yang amat ketara diantara kambing Boer dan kambing baka lain adalah saiznya. Kambing Boer adalah haiwan yang rangka dan ototnya besar. Baka ini dimajukan di Afrika Selatan khusus untuk daging dan ketahanan. Baka ini dapat menghasilkan lebih otot dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan baka lain. Kelebihan ini mudah diturunkan kepada keturunannya. Kambing Boer adalah mudah diternak, tidak cepat marah, penyayang, tidak perlu "milking", tidak perlu penjagaan khas, tidak perlu diketam bulunya dan tidak perlu kandang atau pagar yang canggih. Kambing Boer juga mempunyai sifat ruminan yang tinggi. Kambing Boer sebenarnya dimajukan untuk tugas membersihkan tanah yang terlalu sukar untuk dikerjakan oleh peladang. Ia menghabiskan lebih banyak masa meragut berbanding dengan baka kambing yang lain.

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

2 comments:

Anonymous said...

boleh tak bg others note base on tip macam mane nk ternak kambing ni?...is it sencitiv or same jer mcm kambing lain...and how much would it cost to start penternakan ni...im really new in this...

Teratak Songket said...

hai..

nampak dah maju penternakan kambing anda ye.

kami ni baru lagi dan masih belajar.

banyak x pekerja yang anda perlukan dalam industri ni?

Thank