Sunday, February 11, 2007

14. Mengukur Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing

Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing

Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.

Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape. Di bawah adalah beberapa contoh yang boleh digunakan bagi mendapatkan berat kambing.

Dada (sm),Berat (kg)
27.3, 2.3
33.7, 3.6
34.9, 4.1
38.7, 5.5
40.0, 5.9
41.3, 6.8
55.2, 17
57.8, 19
62.9, 25
65.4, 27
71.8, 34
73.0, 35
84.5, 50
90.8, 61
92.1, 64


UNIT PEDAGING,
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN INDUSTRI,
IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN,
WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1 & 4G2, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PUTRAJAYA
62630 PUTRAJAYA.

TEL: 03-88702000

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

No comments: