Friday, February 2, 2007

2. Adam si peladang muda

Adam, seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 2 tahun telah mula menunjukkan bakat dan kebolehan dalam menternak kambing Boer. Dia yang berada di Merlong Tambak untuk lawatan singkat selama 2 hari, telah dapat menimba ilmu dan tips yang telah diberikan oleh atuk atuknya Encik Kamaruzaman (Tok Man, berbaju coklat) dan Encik Norazam (Tok Zam, berbaju merah). Atuk atuknya berpendapat bahawa jika diberikan pendedahan awal dan latihan yang teratur, bakat yang ditunjukkan berpotensi untuk dimajukan ke peringkat yang lebih tinggi. Sementara itu Adam merasa sangat seronok melihat kambing kambing peliharaan makan dengan berseleranya.






Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

No comments: