Wednesday, September 26, 2007

Macam-macam Kambing ada!


Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.





Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik.








British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.












Nigerian Dwarf- tidak pernah dijumpai di Malaysia. Mungkin di bela sebagai haiwan peliharaan. Kecik dan cute.



Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak kambing.



Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.



Kampung- Ini adalah hero kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.





Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika.











Mountain- Kambing Gunung. Hidup di kawasan tanah tinggi di benua Amerika. Malaysia mempunyai spesis kambing gunung sendiri.






Somali-Kambing yang amat banyak terdapat di Somalia. Tahan penyakit dan mudah diternak di kawasan yang tidak subur. Diberitakan ada syarikat koperasi yang mengimpotrt kambing dengan jumlah yang besar dari Somaliland. Mungkin inilah breed yang diimport.









BadBoer (Badak+Boer)- Badak couple dengan Kambing boer. Tak pernah dengar lagi kalau ada yang menjadik. Kalau dapat anak, mesti jadik breed yang paling besar dalam sejarah kambing.

Sudanese man forced to 'marry' goat

Sudanese man forced to 'marry' goat

A Sudanese man has been forced to take a goat as his "wife", after he was caught having sex with the animal.

The goat's owner, Mr Alifi, said he surprised the man with his goat and took him to a council of elders.

They ordered the man, Mr Tombe, to pay a dowry of 15,000 Sudanese dinars ($50) to Mr Alifi.

"We have given him the goat, and as far as we know they are still together," Mr Alifi said.

Mr Alifi, of Hai Malakal in Upper Nile State, told the Juba Post newspaper that he heard a loud noise around midnight on 13 February and immediately rushed outside to find Mr Tombe with his goat.

"When I asked him: 'What are you doing there?', he fell off the back of the goat, so I captured and tied him up."

Mr Alifi then called elders to decide how to deal with the case.

"They said I should not take him to the police, but rather let him pay a dowry for my goat because he used it as his wife," Mr Alifi told the newspaper.


*taken from bbc news 24 feb 2006

Tuesday, September 25, 2007

Program Pencegahan dan Rawatan


Panduan asas program pencegahan & rawatan ternakan kambing





Program pencegahan atau vaksinasi:

a. Deworming dilakukan 2 kali setahun.
b. Vaksinasi penyakit clostridium & pasteurellosis dilakukan 1 kali setiap tahun.
c. Suntikan toxoid / antitetanus untuk mencegah sakit kancing gigi: 1 kali, diberikan seawal 3 bulan.
d. Footbath dilakukan 2 kali seminggu menggunakan larutan formalin / kuprum sulfat. Ini penting untuk mengelakkan jangkitan parasit terutamanya bagi ternakan yang dilepaskan di padang ragut atau kebun.
e. Antistress gunakan Stress pack / Vitastress dicampurkan kedalam air minuman ternakan. Penting untuk mengurangkan stress akibat perubahan alam sekeliling seperti perpindahan kandang atau musim hujan yang berpanjangan.
f. Diantara pilihan Antibiotik: terramycin LA, tetrasol, Amoxycillin & Enrofloxacin.

Program rawatan asas:

a. Sakit mata boleh menggunakan eye oitment seperti pinkeye spray.
b. Demam boleh gunakan terramycin / broadspectrum antibiotik.
c. Cirit-birit boleh gunakan kaolin pectin.
d. Kembung, minyak kelapa diberikan sekiranya kembung itu disebabkan oleh pemberian PKC yang terlalu halus. Boleh juga berikan jus halia. Bagi kes kronik, gunakan trocar & canula / jarum suntikan 18g, tebuk pada bahagian rumen-paralumbar fossa.
e. Jangkitan kulat boleh menggunakan iodin atau gunakan sulfur yang dicampurkan dengan minyak masak.
f. Rawatan luka & rawatan pusat untuk kambing yang baru lahir semburkan dengan iodin.
g. Antiseptik gunakan alkohol /Detol.
h. Menghalau lalat dari luka gunakan fly repellent seperti Gusanex / Herbanex / Woundsanex. Secara tradisional gunakan serai wangi yang "dipecah-pecah" kemudian dilumurkan pada badan ternakan.
i. Suntik Vitamin B-Co diberikan apabila ternakan tidak mahu makan.
j. Suntik minerasol sekiranya ada masalah pembiakan.
k. Suntik cobaphos atau fercobsang untuk ternakan yang kelihatan kurus.

*diekstrak dari www.dodon.org

Masalah Mastitis - ambing susu menjadi keras lepas beranak


Sympton: Selepas kambing beranak, ambing susu menjadi keras dan tidak mengeluarkan susu. Kambing tidak mahu makan dan minum dan akhirnya membawa kepada kematian.



Ambing susu mengeras adalah indikasi kepada masalah mastitis - yg boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti jangkitan dll.

Suntikan antibiotik sahaja tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya ternakan tidak makan dan minum. Ternakan boleh mati akibat 'starvation'-kelaparan. Oleh itu, setiap rawatan yang diberikan perlu disertai rawatan sokongan seperti memberi suntikan vitamin, makanan yang berkhasiat dan menuam ambing susu yang mengeras dengan air suam setiap hari selama seminggu.

Untuk mencegah mastitis daripada berlaku, tingkatkan kebersihan kandang, pastikan anak kambing menyusu, kalau tidak susu perlu diperah keluar, sekiranya dibiarkan ambing akan mengeras.

Sekiranya ambing susu telah mengeras, tuam dengan air suam untuk melembutkan kandungan ambing kemudian perah secara lembut. Ulang sehingga seminggu. Air suam boleh dibasahkan pada kain atau dimasukkan kedalam belon tebal/glove getah.

Suntik dengan antibiotik cth terramycin.

* diekstrak dari www.dodon.org

Zakat Kambing / Bebiri

Zakat Kambing/Bebiri

Nishab kambing/bebiri adalah 40 ekor, ertinya bila seseorang itu telah memiliki 40 ekor kambing/bebiri selama setahun maka ia telah wajib membayar zakat ternakan.

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dari Anas bin Malik, maka dapat dibuat perkiraan seperti berikut:

Nishab Zakat

a. 40-120 ekor ternakan kambing/bebiri nishab zakatnya 1 ekor kambing(2thn)/bebiri(1thn)
b. 121-200 ekor ternakan kambing/bebiri nishab zakatnya 2 ekor kambing(2thn)/bebiri(1thn)
c. 201-300 ekor ternakan kambing/bebiri nishab zakatnya 3 ekor kambing(2thn)/bebiri(1thn)
(Selanjutnya, pada setiap penambahan 100 ekor maka zakatnya bertambah 1 ekor).


* diekstrak dari www.pkpu.or.id

Monday, September 24, 2007

Anak Kambing Kami Kena Pneumonia



Kami ingin berkongsi pengalaman kami membeli anak-anak kambing pada bulan Jun yang lepas. 4 anak kambing yang berumur kira2 3 bulan yang saya baru saja kami beli telah batuk2 dan selsema. Saya perasan anak kambing ni dah mula batuk2 sejak saya ambil dari kandang penjual lagi. Bila saya bertanya, si penjual memberitahu itu memang perkara biasa dan anak-anak kambing itu akan baik dalam masa 2-3 hari.

Tetapi setelah 2 hari di kandang saya, anak-anak kambing tu tetap batuk dan selesema dan mula mengasingkan diri dan tidak mahu makan. Kami telah menempatkannya didalam kotak, diberi minum susu dalam botol dan diselimutkan. Pegawai JPH datang dan beri injection. Kata mereka mungkin stress akibat perubahan persekitaran.

Malangnya selepas 2 hari kedua2nya mati. Keesokannya lagi 2 anak kambing tu mati. Tak sempat kami nak bagi nama.

Kami minta JPH buat Post mortem dan memberi surat untuk memastikan jika kematian ini adalah berpunca dari sakit pneumonia. Denagn adanya surat ini kami berharap agar penjual akan membayar ganti rugi di atas kematian anak-anak kambing itu. Tetapi JPH enggan membuat Post mortem dan mengeluarkan surat yang dipinta.

Saya pun bertanya kepada Dr. Dodon mengenai kemusykilan kami ni.

Jawapan dari Dr. Dodon yang membantu kami memahami masalah sebenar:

Daripada tanda-tanda klinikal yang anda nyatakan itu kemungkinan besar anak kambing anda mengalami keradangan paru-paru (pneumonia).

Menjawab kepada soalan anda:
1. Untuk mengurangkan masalah kematian ternakan yang baru dibeli, pastikan:
- Membeli stok ternakan daripada ladang yang bebas daripada penyakit dan di urus dengan baik.
- Jangan sama sekali beli ternakan yang ada tanda-tanda penyakit. Beli ternakan yang benar-benar sihat sahaja.
- Jika perlu mohon dapatkan sijil kesihatan ternakan yang disahkan oleh JPH.
- Setiap ternakan yang baru dibawa masuk ke dalam ladang perlu di kuaratin/asingkan sekurang-kurangnya 2 minggu. Sepanjang tempoh itu beri minum air bercampur antistress.

2. Rawatan untuk pneumonia; biasanya kurangkan stress dan beri suntikan antibiotik (long acting), kemudian sokong dengan vitamin, sekiranya tidak makan beri b-complex, beri minum anti-stress. Anak perlu diberi kolostrum.

3. JPH hanya boleh membatu melakukan Post Mortem, Patologist bertauliah boleh memberikan confirmasi muktamad terhadap penyebab kematian ternakan, apalagi sekiranya keputusan digunakan untuk rujukan mahkamah.


Terima Kasih, Dr. Dodon. Kami telah belajar dari pengalaman ini. Semoga pengalaman kami menjadi pengajaran kepada kami dan rakan penternak semua.



* diekstrak dari www.dodon.org

Kambing Lekat Uri

Minggu lepas saya menerima panggilan dari rakan penternak Nazir dari Perak. Kesian Nazir, kambing induknya yang baru sahaja beranak mengalami masalah uri melekat. Memandangkan saya tidak pernah mengalami pengalaman ini, saya pun membuat sedikit research di internet untuk mencari jalan penyelesaiannya.

(Alhamdulillah kambing induknya selamat setelah diberi antibiotik oleh JPH. Walaupan anak kambing yng lahir itu mati, induknya masih dapat diselamatkan).

Kambing lekat uri selepas beranak

1. Lekat uri berlaku akibat kegagalan uri terpisah daripada dinding uterus (rahim), sama ada selepas kelahiran normal atau keguguran. Selalunya berlaku pada lembu tetapi boleh juga berlaku pada kambing.

Lekat uri bukanlah indikasi utama jangkitan brucella, walaubagaimanapun sekiranya berlaku keguguran yang tinggi dalam ladang perlulah melakukan pemeriksaan lanjut. Sampel darah, fetus yang gugur atau calitan vulva boleh dihantar ke makmal untuk pengesahan jangkitan brucella.

Tiada vaksinasi untuk lekat uri. Sebaiknya potong uri yang menjuntai keluar (elakkan jangkitan kedua bakteria), suntik long acting antibiotik (cth terramycin). Uri akan keluar selepas beberapa hari. Pada lembu disuntik oxytocin (awal , < 24jam) atau PGF2a (lewat, >24jam)

Bagi rawatan tradisional pula:

a. BATU - Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar

b. DAUN BULUH MUDA - 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.

c. KULIT BUAH NENAS - 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.



* diekstrak dari www.dodon.org

Rawatan Tradisional untuk Puru, Selsema dan Batu Karang

Sakit Puru

Sakit puru pada kambing boleh dirawat dengan cara tradisional dengan menggunakan cuka makan. Secara klinikal titiskan ubat cydectin pada puru dengan dos yang tepat. Merbahaya jika diberi secara berlebihan.








Selsema

Selsema pula buat dicegah denagn pemberian antibiotik. Secara tradisional, daun Mulberry boleh diberikan kepada kambing (kecuali kambing betina yang bunting).






Batu Karang

Salah satu risiko kambing jantan fidlot adalah sakit batu karang. Samada ianya karang buah pinggang, pundi kencing atau pada salur kencing, potensi itu tetap boleh berlaku. Lebih-lebih lagi jika diet utama kambing adalah pallet 100%. Untuk mengelakkannya, berikan kambing diet yang seimbang dan banyakkan beri makan forage.

Karang terjadi bila ph air kencing meningkat, ataupun dengan faktor chemical dalam badan kambing, mengakibatkan kandungan mineral terikat membentuk kristal dan jika dibiarkan akan menjadi batu pejal.

Kambing yang disembelih ketika sedang menderita sakit karang pada peringkat teruk, berkemugkinan mempunyai daging yang berbau air kencing. Lebih-lebih lagi jika daging tersebut disimpan sejuk beku.


Tanda-tanda batu karang

a. Kambing tidak makan, asyik berdiri yang berterusan
b. Kambing kelihatan mengerang dan pernafasan lebih cepat dari biasa
c. Kencing hanya secara menitis. Atau tidak kencing langsung seharian
d. Pundi kencing dapat dikesan telah membesar dan keras
e. Apabila sudah teruk, kambing menjadilemah dan sukar untuk bangun

Langkah Pencegahan

a. Pastikan ratio antara kalsium dan phosporos di dalam diet adalah 2 : 1
b. Pastikan air minum kambing sentiasa bersih
c. Jangan bagi makan terlalu banyak pallet atau bijirin
d. Tambah 3 – 4 % kandungan garam ke dalam bekalan air minum
e. Masukkan 0.5 – 1.5 % ammonium chloride ke dalam ramuan makanan. Ini bertujuan untuk menjadikan air kencing berasid dan melarutkan karang.
f. Makanan mesti mengandungi vitamin A secukupnya

Rawatan

• Secara pembedahan
• Memberi secara oral ammonium chloride ( 0.2 – 0.3 gram/berat badan ) sekurang-kurangnya selama satu minggu
• Penggunaan herba Plantago major Linn yang direbus keseluruhan bahagiannya dan diberi kepada kambing sebagai minuman.




*di ekastrak dari forum PakarTani.com

Friday, September 7, 2007

Kenaikan Harga Pallet Biopalma

Salam,

Kilang Pallet Biopalma Felda telah mengisytiharkan kenaikan harga Pallet Biopalma bermula 1 September 2007. Pallet Biopalma Feedlot telah naik RM2 dan Pallet Biopalma Kambing pula sebanyak RM1.

Ditambah dengan kenaikan kos pengangkutan, ini akan menyebabkan harga Pallet Biopalma akan melambung naik. Hasil kaji selidik kami untuk harga makanan ternakan mendapati harga pallet Soya Hull di Batu Pahat kini berada pada paras sekitar RM40/bag (50kg) sementara gandum pula disekitar RM45/bag (50kg).

Kami sekarang sedang mencari alternatif untuk mengurangkan kos supaya kesan kenaikan harga ini dapat di kurangkan.

Faidzal Ghazali
merlongboerfarm.blogspot.com