Monday, May 28, 2007
Cecair EM (Mikro Organisma Berkesan) Untuk Amalan Mesra Alam.
Cecair EM (Mikro Organisma Berkesan) Untuk Amalan Mesra Alam Yang Menguntungkan Anda
1. Apa itu Cecair EM?
Cecair Em (Mikro Organisma Berkesan) adalah hasil kajian para saintis dari negeri Jepun. Ianya dikeluarkan oleh JAMOF Sdn. Bhd. satu syarikat kerjasama Jepun dan Malaysia. Mikro Organisma adalah komponen asas kehidupan kita. Mikro Organisma terdapat di merata rata. Tanpa Mikro Organisma, kehidupan kita menjadi sukar. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Mikro organisma baik dan tidak baik. Penggunaan mikro organisma baik ini dapat membantu kehidupan kita.
2. Apa kebaikannya untuk kambing saya?
Dengan menyemburkannya ke kawasan kandang dan mencampurkannya ke dalam minuman ternakan, ia dapat membantu mengawal kebersihan dan seterusnya jangkitan penyakit. Ianya boleh mengurangkan bau busuk tinja seterusnya menghindarkan kehadiran lalat dan agas. Ianya juga dapat membantu mengawal jangkitan kutu dan sakit kulit. Kegunaan mikro organisma baik ini juga dapat membantu sistem penghadaman kambing anda.
3. Tapi saya menggunakan racun dan bahan kimia?
Penggunaan cecair EM boleh menggantikan bahan kimia dan racun seterusnya mengurangkan kos anda. Seperti yang anda sedia maklum, penggunaan racun dan bahan kimia adalah merbahaya dan boleh memudaratkan. Penggunaan cecair EM didalam amalan penternakan dan peladangan adalah amat digalakkan untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dan racun seterusnya dapat memelihara kawasan persekitaran. Amalan penggunaan cecair EM adalah amalan mesra alam yang mengurangkan kos disamping memelihara alam persekitaran.
Dengan menggunakan cecair EM anda dapat menikmati kebaikan mikro organisma baik yang sudah tentunya dapat mengurangkan kos anda disamping dapat membantu anda menunaikan tangggungjawab anda sebagai penghuni alam ini.
4. Berapa pelaburannya?
Pelaburan adalah minimum kerana dengan setiap liter cecair EM, anda boleh menghasilkan sebanyak 40-50 liter cecair yang boleh digunakan untuk minuman ternakan dan juga mengawal kebersihan. Pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum.
i. Kami membekalkan satu liter cecair EM (pati) dengan harga hanya RM20!
ii. Untuk satu botol 5 liter cecair EM (pati), kami membekalkannya dengan hanya RM95!
(Dengan satu liter cecair ini anda boleh menghasilkan sebanyak 40-50 liter cecair EM yang sedia dipakai setelah dicampur dengan air suling/hujan dan molasses dan diperam selama satu minggu).
ii. Untuk cecair EM yang telah siap dibancuh dan dan diperam di kilang, kami membekalkannya dengan hanya RM20 untuk 5 liter! Ianya sedia digunakan. Anda tidak perlu mencampurkannya dengan air suling/air hujan dan molasses dan ia tidak perlu diperam. Sangat berguna jika anda mempunyai keperluan yang segera dan ingin menjimatkan masa.
Nota: 1.Cecair EM tidak boleh dicampurkan dengan air paip yang mengandungi klorin kerana ianya akan mengurangkan keberkesanan mikro organisma baik ini.
2. Proses pemeraman tidak boleh dilakukan didalam bekas logam kerana sifat anti-oksida EM ini akan bertindak untuk menghalang proses karat. Proses ini akan mengurangkan keberkesanan EM apabila anda menggunakannya.
3. EM hendaklah disimpan di tempat bersuhu bilik, jauh dari sinar matahari dan habuk.
4. Tutup ketat botol EM unutk mengelakkan kemasukan bahan asing.
5. Lebihan cecair EM hendaklah dipindahkan kedalam bekas lebih kecil untuk mengurangkan kandungan udara didalam bekas itu.
Penternak yang telah menggunakan EM amat berpuashati dengan hasil pelaburan mereka. Pelaburan anda bukan sahaja dari segi kewangan, ianya juga melibatkan masa dan tenaga anda. Masa anda yang terbuang tidak akan dapat diganti. Dapatkan pulangan yang maksimum untuk pelaburan wang, tenaga dan masa anda. Melaburlah untuk meningkatkan produktiviti disamping memelihara alam sekitar kurniaan tuhan. Dapatkan cecair EM sekarang.
Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.
Jikalau anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
akum...
bagi kami kt sabah blh juga mendapatkannya ada penghantarn?
harga yg titawarkan berapa sekali dengan dgn kos kat sabah..
Wa'alaikumsalam,
Saya akan dapatkan maklumat tentang pengedar EM di Sabah untuk saudara. Rasanya lebih mudah dan ekonomikal bagi saudara untuk memperolehi EM dari pengedar di sana. Saya gembira saudara berminat atas amalan mesra alam ini. -Faidzal Ghazali_
Tuan,
Saya masih tidak dapat contact details pengedar di Sabah. Saya akan terus mencari. Kalau tuan ingin membeli dari sini harganya adalah RM 20 bagi satu liter (kami sedia berunding untuk jumlah yang besar)dan kos penghantaran melalui pos laju adalah lebih kurang RM 13 bagi satu liter. Mungkin kosnya akan berkurangan jika jumlahnya lebih besar. SIla hubungi saya di faidzalghazali@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Post a Comment