Berikut adalah sebahagian persoalan yang kami terima mengenai Pallet Biopalma, Nutriblok, Molife, EM dan Pakej Ladang Ternakan Merlong.
1. Pakej Permulaan tu hanya untuk penternak di Batu Pahat je ke?
Tujuan asal Pakej Permulaan itu adalah untuk membantu penternak yang baru memulakan penternakan di kawasan Batu Pahat, Pontian dan sekitarnya. Namun kami sedia menerima pembelian dari kawasan lain.
2. Untuk barter trade tu anak kambing je ke boleh tukar? Bapak dan Mak kambing camne?
Kami sedia menerima pertukaran dengan Bapak dan Mak kambing dan apa jua pertalian keluarga kambing. Tetapi harus diingatkan jikalau semua kambing ditukarkan dengan makanan ternakan, siapa pula yang nak makan makanan kambing tu nanti.
Nota: Kami juga membeli kambing dari baka apa sahaja pun.
3. Barter trade tu untuk penternak Batu Pahat je ke?
Kami sedia menerima pertukaran dengan penternak dari kawasan lain. Cuma takut kos pengangkutan yang tinggi akan menyusahkan penternak. Tetapi jikalau anda mempunyai transport atau boleh bawak kambing dalam kereta atau naik basikal untuk mengurangkan kos anda, tidak menjadi halangan buat kami, asalkan kambing itu sihat dan cukup sifat.
4. EM tu kuman ke? Tak bahaya ke kalau pakai kuman?
EM adalah mikro organisma berkesan atau dalam english nya Effective Mikroorganism. Kalau dalam bahasa pasarnya mungkin boleh dipanggil kuman. Kuman atau bakteria ini boleh dibahagikan secara ringkasnya kepada 2 kumpulan, baik dan tidak baik. Cecair EM mengandungi bakteria baik yang membantu kehidupan kita tanpa meninggalkan kesan buruk.
5. Saya nak tanya EM ni teknoloji mana dan siapa penciptanya?
EM ini adalah hasil dari kajian para saintis dari Negara Jepun. Ianya tidak dicipta oleh manusia. Penemuan mikroorganisma ini dan hasil baiknya telah bermula sejak tahun 60 an lagi oleh Prof. Dr. Teruo Higa yang pada masa itu sedang menjalankan kajian untuk mencari alternatif kepada bahan kimia yang digunakan didalam pertanian.
6. Last time saya beli PKC keluaran Felda ni bila bagi makan kambing terlalu kerap, kambing mengalami bengkak hati, sakit mata dan last mati. Sekarang ni dah ok ker kualiti PKC keluaran Felda Johor?
Pallet Bioplama Felda dibuat berasakan bahan PKE bukan PKC, sila rujuk nota dibawah yang diekstrak dari posting saya yang lalu. Nota: PKC tidak digunakan dalam penghasilan pallet Biopalma Felda kerana residue bahan kimia yang digunakan semasa proses megekstrak minyak sawit adalah amat merbahaya kepada ternakan dan juga umat manusia. Penggunaan PKC dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ternakan menjadi buta, mandul dan juga mati. Kita mungkin tidak menyedari kesan sampingan ini kerana PKC banyak digunakan untuk ternakan feedlot yang cuma diternak dalam jangka masa 3 bulan.
Pallet Biopalma Felda adalah keluaran Felda Farm Products Sdn. Bhd. dan kilangnya di Serting Negeri Sembilan, bukan di Johor.
7. Berkenaan harga pada saya biasa sahaja tak ler murah seperti yang dikatakan pada posting dibawah. Tak boleh bagi harga kurang yang sebenar ker? Kini kalau tak silap saya (sebab costing ayah saya jaga) dapat PKC Lembu RM25/50kg/beg, Kambing RM32/50kg/beg. Kuantiti order 4 tan sebulan. Siap hantar.
Kami tidak mempunyai data untuk harga PKC kerana kami tidak menggunakan PKC sebagai makanan ternakan kerana kesan sampingan yang merbahaya untuk ternakan dan juga umat manusia.
Untuk harga Pallet Biopalma Felda, harga yang kami tawarkan adalah RM30 untuk feedlot dan RM36 untuk goat/sheep. Kuantiti order tiada had minimum atau maksimum. Bermakna kami sedia terima belian dari satu bag hingga ke jumlah permintaan penternak.
Untuk pembelian jumlah banyak, tentunya harganya akan menjadi lebih murah.
Dengan kenaikan harga minyak dan kos-kos lain, kos untuk mengangkut Pallet Biopalma Felda ke tempat kami semakin meningkat akhir akhir ini. Namum itu kami tetap mempertahankan harga Pallet Biopalma ini untuk menjadikannya kompetitif.
Saudara boleh bertanya kepada syarikat pengangkutan untuk kos mengangkut pallet Biopalma dari Serting, Negeri Sembilan ke tempat saudara untuk memastikan jumlah kos sebenar untuk pallet ini.
Harga kami adalah sangat kompetitif untuk penternak di Batu Pahat, Pontian dan kawasan disekitarnya. Untuk makluman saudara, harga Pallet Soya Hull di kawasan kami adalah RM38 untuk satu bag 50 kg! (soya hull hanyalah waste product kulit kacang soya dengan bahan kandungan serta kualitinya jauh lebih rendah berbanding Pallet Biopalma Felda).
Untuk penternak di sekitar Muar boleh berhubung dengan Encik Razali h/p 0133870000
Sila berhubung dangan kami untuk maklumat lanjut
8.Cuma nak cari option ler kalau boleh dapat barang lebih murah dan berkualiti especially dari orang melayu kita. Garam berapa u boleh dapat? Saya boleh dapat RM18 untuk 5kg garam jilat mineral/molas/vitamin.
Harga yang kami tawarkan adalah RM15 untuk satu blok Nutriblok 4 kg. Kami amat yakin dengan kualiti Nutriblok hasil kajian Mardi ini kerana kami sendiri telah mencubanya dengan ternakan kambing dan kami juga selalu berhubung dengan penternak yang telah menggunakan Nutriblok ini.
Kami ada juga menerima aduan dimana seorang penternak telah mendapati kambing ternakannya bukan sahaja menjilat tetapi telah turut memakan Nutriblok ini. Kami juga turut mengalami pengalaman yang sama dengan kambing ternakan yang kami cuba tetapi kami tidak pula menggangapnya sebagai satu masalah. Bagaimanapun untuk medapatkan kepastian kami berhubung dengan pegawai penyelidik Mardi melalui rakan di Serdang. Kami dimaklumkan bahawa itu adalah petanda yang baik kerana kambing ternakan itu suka dengan Nutriblok dan ia hanya cuba untuk mendapatkan segala nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan. (Kami belum pernah mengalami pengalaman kambing ternakan cuba untuk memakan blok garam jilat biasa)
Nutriblok dan Molife di hasilkan di kilang di Serdang, Selangor. Dengan kenaikan harga minyak dan kos-kos lain, kos untuk mengangkut Nutriblok dan Molife ke tempat kami semakin meningkat akhir akhir ini. Namum itu kami tetap mempertahankan harga Nutriblok dan Molife untuk menjadikannya kompetitif.
Harga yang kami tawarkan adalah sangat kompetitif untuk penternak di Batu Pahat, Pontian dan kawasan di sekitarnya.
Harga untuk Nutriblok dan Molife ini akan menjadi lebih murah untuk belian dengan jumlah yang banyak.
7. Saya pernah tengok orang pakai Molife. Nampak macam molasses je.
Molasses adalah diantara bahan2 yang digunakan untuk membuat Molife. Tetapi molasses sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan protein, tenaga, garam mineral dan vitamin yang diperlukan oleh haiwan ternakan. Oleh itu Mardi telah menjalankan kajian saintifik dan teliti untuk menghasilkan formula campuran bahan2 yang terbaik untuk menghasilkan cecair nutrien untuk haiwan ternakan dengan kos yang ekonomikal. Dengan kajian itu terhasillah Molife yang berkemampuan untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh haiwan ternakan di Malaysia. Kajian untuk Nutriblok dan Molife dijalankan di Malaysia, tercipta di Malaysia dan di keluarkan di Malaysia untuk haiwan ternakan di Malaysia.
Salam hormat,
Faidzal Ghazali
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment