Monday, May 28, 2007

Pallet Biopalma Bermutu Tinggi Keluaran Felda


Pallet Biopalma Feedlot dan Goat/Sheep keluaran Felda

1. Apa itu Pallet Biopalma Felda?

Pallet Biopalma Felda (Feedlot dan Goat/Sheep) adalah pallet makan ternakan hasil kajian dan keluaran Felda. Ianya menggunakan PKE sebagai bahan asas dan dicampurkan dengan Gandum, Jagung , Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan anda.

2. Apa bahan bahannya?

Penghasilan pallet makanan Biopalma adalah berasaskan tumbuhan dan bebas dari sebarang penggunaan lelemak haiwan, bahan kimia dan antibiotik terlarang.

Kedua-dua nya mengunakan PKE (Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Sawit) sebagai bahan asas dan dirumus secara saintifik dengan Polad Gandum, Jagung , Mil Kacang Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan anda. Pallet Biopalma juga diperkayakan dengan protein, tenaga, asid amino dan agen probiotik. Pallet Biopalma sedia diberi terus kepada ternakan ruminan anda tanpa perlu dicampur dengan bahan bahan lain.

3. Apa bezanya Pallet Biopalma Feedlot dan Goat / Sheep?

Perbezaannya, Pallet Biopalma Goat / Sheep dihasilkan menggunakan formula khas untuk kambing hasil kajian saintifik dan teliti oleh Felda. Kadar dan jumlah campuran bahan-bahan untuk Pallet Biopalma Goat / Sheep adalah lebih optimum untuk kegunaan kambing. Pallet Biopalma Goat/Sheep diperkayakan dengan Molas serta kandungan sebatian zink-asid amino untuk mengimbangkan kuprum serta mineral yang lain supaya ianya seimbang dan optimum dengan keperluan kambing anda.

Walaupun hasil penggunaan Biopalma Feedlot ini amat bagus, penggunaan Pallet Biopalma Goat/Sheep ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik, lebih produktif dan lebih menguntungkan untuk kambing berbanding dengan penggunaan Pallet Biopalma Feedlot.

Nota: PKC tidak digunakan dalam penghasilan pallet Biopalma kerana residue bahan kimia yang digunakan semasa proses megekstrak minyak sawit adalah amat merbahaya kepada ternakan dan juga umat manusia. Penggunaan PKC dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ternakan menjadi buta, mandul dan juga mati. Kita mungkin tidak menyedari kesan sampingan ini kerana PKC banyak digunakan untuk ternakan feedlot yang cuma diternak dalam jangka masa 3 bulan.

4. Bagaimana dengan kualitinya?

Felda adalah syarikat yang amat mementingkan kualiti produknya dan imej jenamanya. Tujuan kajian saintifik dan teliti oleh Felda adalah semata mata untuk menghasilkan “Makanan Ternakan Terpilih Dengan Formulasi Saintifik Untuk Hasil Tinggi Dan Produk Buermutu”. Dengan tujuan itu pallet Biopalma ini dihasilkan. Kaedah GMP dan HACCP diguna pakai dalam proses penghasilan pallet Biopalma untuk menjamin mutu produk seterusnya menjamin kesihatan dan menggalakkan kadar pertumbuhan haiwan ternakan anda tanpa ada sebarang kesan sampingan. Adalah tanggungjawab kita sebagai penternak untuk membekalkan hasil yang bebas dari kesan sampingan untuk kegunaan umat manusia.


5. Apakah kesannya ke atas kambing saya?

Setiap penternak inginkan kambing yang sihat dan cantik. Kambing anda tentunya akan memperolehi khasiat yang diperlukan untuk proses tumbesaran yang tinggi. Kambing anda menjadi sihat dan gembira dengan tubuh yang sihat dan bulu yang cantik. Kambing yang sihat dan gembira tentunya akan membesar dengan kadar yang tinggi. Kambing yang sihat dan gembira juga tentunya lebih mudah untuk mengeluarkan anak anak yang berkualiti. Anda juga akan menjadi penternak yang gembira.

6. Betulkah harganya murah? Kenapa harganya murah?

Harga Pallet Biopalma Felda adalah lebih murah berbanding dengan kebanyakan makanan ternakan di pasaran. Jika anda teliti kualiti Pallet Biopalma Felda ini dan anda faham akan konsep harga dan nilai, anda tentu akan dapati harga yang anda bayar adalah setara dengan nilai yang diperolehi.

Harga Pallet Biopalma Felda amat murah jikalau dibandingkan dengan mutu dan hasil yang diperolehi. Seperti yang anda sedia maklum, Felda adalah pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia. Dengan jaringan dan kapasiti yang tingi, Felda dapat mengurangkan kos untuk memperolehi PKE dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan pallet makanan ternakan yang bermutu tinggi dengan kos yang lebih rendah.

Nota: Harga makanan ternakan telah melambung tinggi akhir-akhir ini. Tetapi harga yang tinggi sahaja belum tentu menjamin kualiti makanan ternakan itu. Kami menggalakkan anda meneliti kualiti kandungan bahan makanan ternakan sebelum membuat keputusan. Pastikan harga yang anda bayar adalah setara dengan nilai yang diperolehi.


6. Berapakah pelaburannya?

Pelaburan untuk makanan adalah amat penting. Dengan Pallet Biopalma Felda, pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum. Kami membekalkan:

1. Pallet Biopalma Feedlot Felda dengan hanya RM30 untuk satu bag 50kg!
2. Pallet Biopalma Goat / Sheep Felda dengan hanya RM36 untuk satu bag 50kg!

Penternak yang telah menggunakan Pallet Biopalma Felda amat berpuashati dengan hasil pelaburan mereka. Pelaburan anda bukan sahaja dari segi kewangan, ianya juga melibatkan masa dan tenaga anda. Masa anda yang terbuang tidak akan dapat diganti. Dapatkan pulangan yang maksimum untuk pelaburan wang, tenaga dan masa anda. Dapatkan Pallet Biopalma Felda sekarang.

Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.

Jika anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.

No comments: