Wednesday, April 4, 2007

Prosedur Mengimport Boer F1

From http://finance.groups.yahoo.com/group/kambing_boer/,

Saya ingin bertanya prosedur untuk mengimport Boer F1 dari
Australia. Saya ada beberapa pertanyaan:

1. Perlukah saya memohon AP dari agensi kerajaan? Dan agensi
manakah yang saya perlu berhubung untuk mengimport Boer F1 dari Australia?

Ya, Tuan perlu mendapat AP dari pihak JPH. So, berhubunglah dgn pihak JPH di Putrajaya.

2. Adakah kambing ini akan dikuarantinkan?

Setahu saya, perlu dikuarantin sekejap sahaa.

3. Berapakah average cost per kambing?

Kos bergantung kepada spesifikasi kambing. Kalau F1, bergantung samada pula kepada kualiti. Tp nasihat saya, jgn beli F1. Belilah F4 dan keatas.

4. Saya mempunyai modal dalam RM 50k. Berapa banyak kambing Boer
F1 yang dapat saya import dari Australia?

Sekiranya Tuan mempunyai modal seperti berikut, saya cadangakn Tuan mengimport sekurang-kurangnya F4. Beza harga antara F1 dan F4 tidaklah begitu jauh. Tapi proses dan masa diambil untuk menghasilkan F4 jauh lebih lama berbanding dgn F1.
Dengan modal tersebut, saya rasa tidak ekonomikal untuk Tuan mengimport sendiri. Ini kerana kos pengangkutan dapat dijimatkan sekiranya Tuan mengimport dgn banyak.

Oleh itu, saya cadangkan, Tuan berkerjasama dengan bbrp penternak lain utk mengimport kambing ini sendiri.

Saya juga bercadang utk mengimport boer dari Australia.

Sekiranya Tuan mendapat quotation drp mana-mana pembekal, Tuan boleh merujuk kepada saya utk mengetahui samada harga yg ditawarkan berpatutan atau tidak.

Ini kerana perminataan terhadap boer yg tinggi menyebabkan harganya dimark-up oleh pembekal. Kita tahu mmg setiap perniagaan memerlukan keuntungan melalui mark-up etc. Tp, kdg-kdg harga yg ditawarkan adalah ridiculous.

Jawapan disediakan oleh radziz.resources@yahoo.com.my

Daging sihat, Badan kuat!
http//:merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!

No comments: