Showing posts with label mardi. Show all posts
Showing posts with label mardi. Show all posts

Tuesday, March 18, 2008

Thursday, May 31, 2007

Soal Jawab mengenai Pallet Biopalma,Nutriblok, Molife, EM dan Pakej Ladang Ternakan Merlong.

Berikut adalah sebahagian persoalan yang kami terima mengenai Pallet Biopalma, Nutriblok, Molife, EM dan Pakej Ladang Ternakan Merlong.

1. Pakej Permulaan tu hanya untuk penternak di Batu Pahat je ke?


Tujuan asal Pakej Permulaan itu adalah untuk membantu penternak yang baru memulakan penternakan di kawasan Batu Pahat, Pontian dan sekitarnya. Namun kami sedia menerima pembelian dari kawasan lain.

2. Untuk barter trade tu anak kambing je ke boleh tukar? Bapak dan Mak kambing camne?

Kami sedia menerima pertukaran dengan Bapak dan Mak kambing dan apa jua pertalian keluarga kambing. Tetapi harus diingatkan jikalau semua kambing ditukarkan dengan makanan ternakan, siapa pula yang nak makan makanan kambing tu nanti.

Nota: Kami juga membeli kambing dari baka apa sahaja pun.


3. Barter trade tu untuk penternak Batu Pahat je ke?


Kami sedia menerima pertukaran dengan penternak dari kawasan lain. Cuma takut kos pengangkutan yang tinggi akan menyusahkan penternak. Tetapi jikalau anda mempunyai transport atau boleh bawak kambing dalam kereta atau naik basikal untuk mengurangkan kos anda, tidak menjadi halangan buat kami, asalkan kambing itu sihat dan cukup sifat.


4. EM tu kuman ke? Tak bahaya ke kalau pakai kuman?

EM adalah mikro organisma berkesan atau dalam english nya Effective Mikroorganism. Kalau dalam bahasa pasarnya mungkin boleh dipanggil kuman. Kuman atau bakteria ini boleh dibahagikan secara ringkasnya kepada 2 kumpulan, baik dan tidak baik. Cecair EM mengandungi bakteria baik yang membantu kehidupan kita tanpa meninggalkan kesan buruk.

5. Saya nak tanya EM ni teknoloji mana dan siapa penciptanya?

EM ini adalah hasil dari kajian para saintis dari Negara Jepun. Ianya tidak dicipta oleh manusia. Penemuan mikroorganisma ini dan hasil baiknya telah bermula sejak tahun 60 an lagi oleh Prof. Dr. Teruo Higa yang pada masa itu sedang menjalankan kajian untuk mencari alternatif kepada bahan kimia yang digunakan didalam pertanian.

6. Last time saya beli PKC keluaran Felda ni bila bagi makan kambing terlalu kerap, kambing mengalami bengkak hati, sakit mata dan last mati. Sekarang ni dah ok ker kualiti PKC keluaran Felda Johor?

Pallet Bioplama Felda dibuat berasakan bahan PKE bukan PKC, sila rujuk nota dibawah yang diekstrak dari posting saya yang lalu. Nota: PKC tidak digunakan dalam penghasilan pallet Biopalma Felda kerana residue bahan kimia yang digunakan semasa proses megekstrak minyak sawit adalah amat merbahaya kepada ternakan dan juga umat manusia. Penggunaan PKC dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ternakan menjadi buta, mandul dan juga mati. Kita mungkin tidak menyedari kesan sampingan ini kerana PKC banyak digunakan untuk ternakan feedlot yang cuma diternak dalam jangka masa 3 bulan.

Pallet Biopalma Felda adalah keluaran Felda Farm Products Sdn. Bhd. dan kilangnya di Serting Negeri Sembilan, bukan di Johor.

7. Berkenaan harga pada saya biasa sahaja tak ler murah seperti yang dikatakan pada posting dibawah. Tak boleh bagi harga kurang yang sebenar ker? Kini kalau tak silap saya (sebab costing ayah saya jaga) dapat PKC Lembu RM25/50kg/beg, Kambing RM32/50kg/beg. Kuantiti order 4 tan sebulan. Siap hantar.

Kami tidak mempunyai data untuk harga PKC kerana kami tidak menggunakan PKC sebagai makanan ternakan kerana kesan sampingan yang merbahaya untuk ternakan dan juga umat manusia.

Untuk harga Pallet Biopalma Felda, harga yang kami tawarkan adalah RM30 untuk feedlot dan RM36 untuk goat/sheep. Kuantiti order tiada had minimum atau maksimum. Bermakna kami sedia terima belian dari satu bag hingga ke jumlah permintaan penternak.

Untuk pembelian jumlah banyak, tentunya harganya akan menjadi lebih murah.

Dengan kenaikan harga minyak dan kos-kos lain, kos untuk mengangkut Pallet Biopalma Felda ke tempat kami semakin meningkat akhir akhir ini. Namum itu kami tetap mempertahankan harga Pallet Biopalma ini untuk menjadikannya kompetitif.

Saudara boleh bertanya kepada syarikat pengangkutan untuk kos mengangkut pallet Biopalma dari Serting, Negeri Sembilan ke tempat saudara untuk memastikan jumlah kos sebenar untuk pallet ini.

Harga kami adalah sangat kompetitif untuk penternak di Batu Pahat, Pontian dan kawasan disekitarnya. Untuk makluman saudara, harga Pallet Soya Hull di kawasan kami adalah RM38 untuk satu bag 50 kg! (soya hull hanyalah waste product kulit kacang soya dengan bahan kandungan serta kualitinya jauh lebih rendah berbanding Pallet Biopalma Felda).

Untuk penternak di sekitar Muar boleh berhubung dengan Encik Razali h/p 0133870000

Sila berhubung dangan kami untuk maklumat lanjut



8.Cuma nak cari option ler kalau boleh dapat barang lebih murah dan berkualiti especially dari orang melayu kita. Garam berapa u boleh dapat? Saya boleh dapat RM18 untuk 5kg garam jilat mineral/molas/vitamin.

Harga yang kami tawarkan adalah RM15 untuk satu blok Nutriblok 4 kg. Kami amat yakin dengan kualiti Nutriblok hasil kajian Mardi ini kerana kami sendiri telah mencubanya dengan ternakan kambing dan kami juga selalu berhubung dengan penternak yang telah menggunakan Nutriblok ini.

Kami ada juga menerima aduan dimana seorang penternak telah mendapati kambing ternakannya bukan sahaja menjilat tetapi telah turut memakan Nutriblok ini. Kami juga turut mengalami pengalaman yang sama dengan kambing ternakan yang kami cuba tetapi kami tidak pula menggangapnya sebagai satu masalah. Bagaimanapun untuk medapatkan kepastian kami berhubung dengan pegawai penyelidik Mardi melalui rakan di Serdang. Kami dimaklumkan bahawa itu adalah petanda yang baik kerana kambing ternakan itu suka dengan Nutriblok dan ia hanya cuba untuk mendapatkan segala nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan. (Kami belum pernah mengalami pengalaman kambing ternakan cuba untuk memakan blok garam jilat biasa)

Nutriblok dan Molife di hasilkan di kilang di Serdang, Selangor. Dengan kenaikan harga minyak dan kos-kos lain, kos untuk mengangkut Nutriblok dan Molife ke tempat kami semakin meningkat akhir akhir ini. Namum itu kami tetap mempertahankan harga Nutriblok dan Molife untuk menjadikannya kompetitif.

Harga yang kami tawarkan adalah sangat kompetitif untuk penternak di Batu Pahat, Pontian dan kawasan di sekitarnya.

Harga untuk Nutriblok dan Molife ini akan menjadi lebih murah untuk belian dengan jumlah yang banyak.


7. Saya pernah tengok orang pakai Molife. Nampak macam molasses je.

Molasses adalah diantara bahan2 yang digunakan untuk membuat Molife. Tetapi molasses sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan protein, tenaga, garam mineral dan vitamin yang diperlukan oleh haiwan ternakan. Oleh itu Mardi telah menjalankan kajian saintifik dan teliti untuk menghasilkan formula campuran bahan2 yang terbaik untuk menghasilkan cecair nutrien untuk haiwan ternakan dengan kos yang ekonomikal. Dengan kajian itu terhasillah Molife yang berkemampuan untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh haiwan ternakan di Malaysia. Kajian untuk Nutriblok dan Molife dijalankan di Malaysia, tercipta di Malaysia dan di keluarkan di Malaysia untuk haiwan ternakan di Malaysia.




Salam hormat,

Faidzal Ghazali
http://merlongboerfarm.blogspot.com

Tuesday, May 29, 2007

Pakej Makanan Permulaan Bermutu Untuk Kambing Ternakan Anda


Pakej Makanan Bermutu Untuk Kambing Ternakan Anda


Dalam usaha untuk menggalakkan industri ternakan kambing, Ladang Ternakan Merlong sedang mengadakan promosi dengan menyediakan pakej permulaan istimewa.

Tujuan pakej ini adalah untuk memudahkan penternak kambing yang baru menceburi industri ini.

Menternak kambing adalah satu perniagaan. Langkah awal anda amatlah penting. Kami menggalakkan anda untuk memudahkan kerja kerja diperingkat awal ini. Bila anda memperolehi momentum, perjalanan menjadi lebih mudah. Bila kerja kerja di peringkat awal di permudahkan dan kejayaan kecil sudah diperolehi, keyakinan diri akan bertambah.

Adalah sifat semulajadi manusia untuk berfungsi dengan baik didalam situasi yang menyeronokkan. Bidang perniagaan anda menjadi lebih seronok dan hasilnya tentulah lebih baik.

Dengan adanya pakej ini, kami harap ianya dapat memudahkan langkah awal dan seterusnya mempercepatkan kadar pertumbuhan perniagaan anda.

Diperingkat permulaan, pengalaman kita tidak banyak. Kita tidak tahu makanan jenis apa yang terbaik dan syarikat pengeluar mana yang menghasilkan makanan bermutu tinggi.

Tetapi sekarang anda tidak perlu risau lagi.

Makanan ternakan yang ditawarkan didalam pakej ini adalah bermutu tinggi dan dihasilkan oleh Felda, Mardi dan Jamof. Anda hanya perlu menumpukan perhatian kepada penjagaan kambing ternakan, pemasaran dan perniagaan tanpa perlu risau tentang kualiti makanan yang diberikan kepada ternakan. Ini sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban dan stress anda.

Kami menawarkan pakej istimewa yang mengandungi 1 bag Pallet Biopalma Goat/Sheep, 1 blok 4kg nutrien blok Nutriblok, 1 botol 1.5 liter cecair nutrien Molife dan 1 botol 1 liter cecair EM. Pakej ini bernilai RM36 + RM15 + RM12 + RM20 = RM 83.

Untuk penternak penternak baru di kawasan sekitar Batu Pahat dan Pontian, anda boleh mendapatkan pakej ini dengan hanya RM77 sahaja. Nilai yang anda perolehi adalah lebih daripada harga yang anda bayar untuk pakej ini.

Tawaran ini adalah untuk stok terhad sahaja. Jadi, bertindaklah sekarang.

Hubungi Ladang Ternakan Merlong untuk mendapatkan pakej terhad ini.


Jika anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.

Monday, May 28, 2007

Nutriblok and Molife dari Mardi


Blok Nutrien Nutriblok dan Cecair Nutrien Molife Hasil Kajian Saintifik Dan Terperinci Mardi.


1. Apa itu Nutriblok dan Molife? Siapa yang menjalankan kajian terhadap Nutriblok dan Molife?

Blok nutrien berkhasiat Nutriblok dan cecair minuman nutrien berkhasiat Molife adalah hasil kajian saintifik dan terperinci oleh Mardi. Mardi yang dikenali sebagai badan yang mementingkan kualiti yang dapat membantu penternak tempatan dan bukan keuntungan semata mata, pengeluarannya hanya dilesenkan kepada syarikat Matech setelah Mardi benar benar berpuas hati dengan hasil kajiannya. K

2. Di manakah kajian ini dilakukan? Apakah hasil kajian saintifik dan terperinci oleh Mardi itu?

Kajian dilakukan di Malaysia untuk penggunaan penternak di Malaysia. Kajian menunjukkan tanah di Malaysia tidak dapat membekalkan cukup nutrien untuk tumbuhan makan ternakan. Ini menjejaskan bekalan nutrien kepada kambing anda seterusnya membantutkan kadar tumbesaran dan tahap kesihatan kambing anda. Kajian dijalankan untuk mendapatkan nutrien blok dan cecair nutrien yang dapat membekalkan bukan sahaja keperluan garam mineral tetapi juga protein, tenaga dan vitamin seterusnya menambahkan selera pemakanan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan haiwan ternakan anda.

Hasilnya terciptalah nutrien blok Nutriblok dan cecair nutrien Molife. Nutriblok dan Molife mempunyai fungsi untuk membekalkan protein, garam galian dan vitamin yang diperlukan oleh haiwan ternakan dengan kos yang lebih rendah berbanding blok garam yang diimpot. Penggunaan blok ini juga dapat mengawal jangkitan cacing terhadap haiwan ternakan anda.

3. Adakah Nutriblok dan Molife lebih baik daripada blok garam impot? Mengapa harganya lebih murah?

Mardi telah menjalankan kajian khusus untuk menjadikan blok nutrien Nutriblok dan cecair nutrien Molife ini lebih berkesan berbanding blok garam yang diimpot. Untuk makluman anda Nutriblok dan Molife membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin yang amat diperlukan untuk ternakan di Malaysia berbanding dengan blok garam impot yang tidak membekalkan protein dan tenaga dan di hasilkan untuk ternakan yang hidup di persekitaran yang berbeza dengan di Malaysia. Kosnya dapat dikurangkan dengan penghasilan di dalam negeri dan pengunaan bahan bahan yang boleh didapati di dalam negeri. Anda, penternak tempatan, cuma perlu melakukan pelaburan yang lebih rendah untuk mendapatkan produk yang lebih baik.

4. Kenapa ada blok nutrien dan cecair nutrien? Apa perbezaannya dari segi penggunaan?


Molife pula mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan Nutriblok kecuali ianya tidak mempunyai kebolehan untuk mengawal pembiakan cacing dalam haiwan ternakan. Tetapi kelebihannya sebagai cecair membuatkan ianya lebih mudah untuk digunakan dan lebih mudah dan lebih cepat diserap oleh haiwan ternakan.

Tidak semestinya kesemua ternakan anda suka menjilat Nutriblok atau blok garam, tetapi pasti kesemuanya akan minum air. Jika anda campurkan Molife kedalam bekalan air minuman untuk ternakan anda, anda dapat memastikan bekalan garam mineral, protein, tenaga dan vitamin yang cukup untuk ternakan anda.

Ianya juga amat berguna terutama sekali untuk haiwan ternakan yang sakit, lemah dan tidak berupaya untuk makan atau menjilat Nutriblok. Anda boleh menggunakan picagari untuk memasukkan cecair molife yang telah dibancuh dengan air kedalam mulut haiwan ternakan anda. Masukkan dengan perlahan dan halakan kebahagian pipi untuk mengelakkan cecir dari memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini anda dapat membantu haiwan yang sakit dan lemah dengan membekalkan khasiat, garam mineral dan vitamin yang amat diperlukan untuk proses pemulihan. Ianya amat penting kerana anda dapat menghindarkan kambing anda mati akibat kekurangan bahan nutrien.

5. Berapa pelaburannya?

Pelaburan untuk makanan tambahan adalah amat penting. Ia menjamin kambing anda dibekalkan dengan bahan bahan berkhasiat yang secukupnya untuk menghasilkan kadar tumbesaran dan pembiakan yang menguntungkan. Dengan Blok Nutrien Nutriblok dan Cecair Nutrien Molife pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum.

Kami membekalkan:
1. Blok Nutrien Nutriblok dengan hanya RM15 untuk satu blok 4kg!
2. Cecair Nutrien Molife dengan hanya RM12 untuk satu botol 1.5 liter!

Nota: 30ml Cecair Molife, lebih kurang sebanyak satu sudu besar, dicampurkan dengan 3 liter air untuk minuman seekor kambing sehari.

Penternak yang telah menggunakan Nutriblok dan Molife amat berpuashati dengan hasil pelaburan mereka. Pelaburan anda bukan sahaja dari segi kewangan, ianya juga melibatkan masa dan tenaga anda. Masa anda yang terbuang tidak akan dapat diganti. Dapatkan pulangan yang maksimum untuk pelaburan wang, tenaga dan masa anda. Dapatkan Nutriblok dan Molife sekarang.

Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.

Jikalau anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.