Saturday, February 7, 2009
Bekalan Pallet Biopalma Biasa dan yang khusus untuk Kambing
Harga makanan yang naik melambung telah memberi tekanan kepada penternak di negara kita. Ada beberapa kandang yang terpaksa ditutup kerana kos operasi yang terlalu tinggi berbanding hasil kandang. Kami turut merasa tekanan tersebut. Kami telah meminta nasihat daripada rakan2 penternak lain dan juga badan berkenaan. Yang baiknya, ramai yang menjadi kreatif akibat keadaan semasa dan telah berjaya menggunakan berbagai hasil buangan seperti sisa jagung, pisang, soya, sagu dari kilang IKS. Daun kelapa sawit dan rumput2 liar dan apa jua daun yang boleh dimakan juga turut digunakan. Tetapi kami juga dapati tidak semua penternak yang mempunyai kemudahan untuk mendapatkan hasil makanan ini.
Kami juga telah dinasihatkan untuk terus menggunakan pallet sebagai makanan sampingan untuk memastikan bekalan zat dan vitamin yang kritikal untuk tumbesaran dan kesihatan kambing. Secara dasarnya, makanan baik, kambing sihat dan produktif, anak dan susu banyak, pulangannya pun baik dan masa tidak terbuang. Tentunya kita tidak mahu membuang masa dan tenaga dengan memberi makanan yang tidak bermutu dan 3-6-9 bulan kemudian kambing2 menjadi kurus, tidak sihat, tak mau beranak dan sebagainya.
Kami pun telah meningkatkan penggunaan rumput napier dan meneruskan pemberian pallet sebagai makanan sampingan. Kami mencuba beberapa jenis pallet yang terdapat di Batu Pahat. Kami kemudian terus mencuba dengan pallet Biopalma keluaran Felda. Kami dapati harganya masih ok.
Yang penting harganya adalah jauh lebih murah dari harga pallet soya hull atau wheat yang telah kami gunakan yang berada disekitar RM50/50kg bag sekarang ini.
Untuk memudahkan penternak di Batu Pahat, kami telah mendapatkan bekalan pallet pallet Bioplama ini. Bekalan pallet Biopalma Biasa dan yang khusus untuk Kambing telahpun selamat tiba di kandang kami di Sg. Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor.
Harga terkini:
Pallet Biopalma biasa adalah RM38/50kg bag
Pallet Biopalma khusus untuk kambing adalah RM41/50kg bag
Kami telah mencuba beberapa jenis pallet dan kami mendapati pallet Biopalma memberi pulangan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami yakin dengan pallet ini kerana itulah kami memberi pallet Biopalma sebagai makanan sampingan kepada ternakan kami.
Kepada penternak yang berminat untuk mendapatkan bekalan pallet Biopalma Felda, sila hubungi Shazali 0192737720, Faidzal 0123706480 atau NorAzam 0136020836. Kami faham masalah anda kerana kami juga penternak seperti anda.
Thursday, July 3, 2008
Sambutan menggalakkan untuk EM.
Dengan sambutan yang menggalakkan ini kami telah membuat pengambilan stok baru untuk EM. Dapatkan pati EM di Merlong Boer Farm pada harga RM20/ liter.
Jangan kita biarkan tanah bumi ini terus dicemar... untung untuk jangka masa yang pendek tetapi rugi besar kita dan anak cucu akhirnya. Jangan kita biarkan anak cucu mengingati kita sebagai golongan yang bertanggungjawab menghancurkan tanah bumi ini.
Hubungi Faidzal 0123706480, Syazali 0192737720 dan Azam 0136020836
merlongboerfarm.blogspot.com
Saturday, May 31, 2008
Anak kambing untuk dijual
a) 7 ekor anak kambing jantan boer cross F1 berumur kira-kira 6 bulan berat dalam 20-30kg.
b) kambing jantan jamnapari cross umur dalam 1 tahun berat dalam 30-40kg.
c) kambing jantan feral cross umur 1 tahun berat dalam 30-40kg.
Sila hubungi Norazam di 013 6020836 untuk maklumat lanjut.
Tuesday, March 18, 2008
Bekalan Pallet BioPalma, Blok Nutrien Nutriblok, Cecair Nutrien MoLife dan EM
Harga kami bagi untuk Pallet BioPalma adalah RM40/satu bag 50 kg.
Harga kami bagi untuk blok Nutrien Nutriblok adalah RM18/satu blok.
Harga kami bagi untuk Cecair Nutrien MoLife adalah RM 15/1.5ltr.
Harga kami bagi untuk Cecair EM adalah RM20/1 ltr.
Harga ini adalah harga di kandang setelah mengambil kira kos pengangkutan dan sudah tentu boleh dirundingkan untuk belian banyak.
Sila hubungi Norazam 013 6020836, Kamaruzaman 013 7860570, 07 4242671 untuk maklumat lanjut.
Bersama-sama Kita Memajukan Industri Ternakan Negara!
Sunday, February 17, 2008
Kursus Intensif Penternakan Kambing
Pihak Bank Pertanian Malaysia bersama-sama Al-Barakah Global Food Industry Sdn Bhd menawarkan Kursus Intensif Penternakan Kambing untuk penternak & kakitangan penternak seperti berikut:
Tarikh: 15-17/03/2008 (3 Hari)
Kos seorang peserta: Hanya RM20 keseluruhan.
Disediakan: Makan/minum, tempat tinggal, kemudahan kursus, sijil etc.
Tempat Kursus: Institut Pembangunan Bank Pertanian Malaysia (ABADI), Bangi &
Ladang Al-Barakah Global Food Industry SB, Nilai
Fasilitator/Penceramah Terlibat:
•Dr. Azman Shah Bin Abdul Manaf - Pegawai Veterinar, JPH Negeri Sembilan.
•Ahmad Daud Bin Ramtan - Penyelaras Projek TAC, JPH Negeri Sembilan.
•Tafsir bin Serin - Pegawai Penyelidikan, MARDI UPM
Tajuk utama: 1) Pengurusan Ternakan Komersial
2) Mengenal Penyakit & Bedah Siasat
Syarat Peserta: Penternak yang mempunyai ternakan lebih dari 5 ekor.
Aturcara kursus: Akan diberikan melalui email pada yang mendaftar.
Maklumat peserta yang diperlukan: Nama, IC, Alamat lengkap, Tel. yang boleh dihubungi, email address
Sila beri maklumat yang diperlukan jika berminat untuk menyertainya melalui email s50096m@streamyx.com atau sms ke 013-343-2258.
Jika ada pertanyaan, boleh menghubungi En. Fariz (012-303-9274).
SEKIAN. TERIMA KASIH.
Friday, December 21, 2007
Manfaat haiwan korban
Oleh ABDUL RAHIM ANUAR
AIDILFITRI dikaitkan dengan zakat fitrah. Aidiladha pula dikaitkan dengan korban. Masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri. Rakyat Islam di Malaysia yang seramai 17 juta orang akan menyambut Aidiladha pada 20 Disember atau 10 Zulhijah ini.
Amalan korban dilakukan selepas solat Aidiladha dan pada hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. dan sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Binatang yang dikorbankan ialah unta, lembu, kerbau, kambing atau bebiri. Semua binatang itu boleh dikategorikan sebagai ternakan ruminan.
Selain amalan mulia dan dituntut dalam Islam, penyembelihan binatang korban itu mempunyai implikasi dasar ekonomi yang penting kepada negara khususnya dalam industri ruminan. Kepentingan industri ruminan dan sumbangannya dalam pembangunan sosial dan ekonomi adalah juga jelas dengan syariat membayar zakat ternakan.
Baru-baru ini, sekadar contoh, sebanyak 1,000 ekor lembu import dari Thailand dibawa masuk ke Kedah bagi menampung keperluan permintaan yang dijangka meningkat menjelang sambutan Aidiladha. Ini mencerminkan kadar sara diri hasil ternakan negara masih rendah.
Untuk daging lembu (termasuk kerbau) kadar sara dirinya ialah kira-kira 25 peratus pada masa ini. Begitu juga bagi daging kambing, kadar sara dirinya adalah jauh lebih rendah daripada daging lembu iaitu kira-kira 10 peratus.
Kadar sara diri yang rendah dalam industri ruminan telah mengakibatkan kita mengimport produk susu hampir kesemuanya dari luar negara. Kadar sara diri bagi susu ialah kira-kira lima peratus sahaja.
Berbanding dengan ternakan unggas, kadar sara diri bagi daging ayam dan itik adalah lebih daripada mencukupi iaitu 125 peratus pada masa ini. Bagaimanapun, ternakan unggas tidak termasuk dalam senarai binatang korban dan zakat ternakan.
Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, bebiri, lembu, kerbau dan unta.
Berdasarkan statistik 2006 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bagi industri ruminan terdapat kira-kira 794,510 ekor lembu, 190,876 ekor kerbau, 285,860 ekor kambing dan 112,443 ekor bebiri. Untuk industri unggas pula, terdapat kira-kira 192,525,321 ekor ayam dan 9,361,108 ekor itik.
Kadar sara diri yang rendah dalam industri ruminan menjadikan Malaysia sebagai pengimport bersih bagi ternakan hidup dan produk dagingnya. Dalam erti kata lain, kita banyak mengimport daripada mengeksport.
Bil import ternakan ruminan adalah tinggi. Sekadar contoh pada 2003 (data terkini), bil import lembu hidup untuk penyembelihan ialah kira-kira RM91 juta (bersamaan 59,041 ekor lembu) manakala untuk produk daging lembu ialah kira-kira RM384 juta (atau 85,277 tanmetrik ).
Aliran keluar wang seperti ini boleh dibendung jika terdapat industri ruminan yang berskala ladang dan tersusun hala tuju pembangunannya.
Senario ini lebih kritikal apabila dikaitkan dengan amalan korban dan akikah. Permintaan yang tinggi ke atas ternakan ruminan untuk korban dan akikah berbanding dengan bekalannya boleh meningkatkan harga ternakan itu.
Ini sudah pasti akan menjejaskan kemampuan individu Islam yang ingin menyahut dan memakmurkan seruan korban dan akikah. Lebih-lebih lagi fadilat korban itu besar bagi tuannya dengan setiap bulu ternakan yang dikorbankan itu adalah kebajikan.
Jaminan
Situasi ketidakcukupan makanan dalam daging ruminan tidak sepatutnya berlaku kerana Islam mementingkan jaringan jaminan makanan sebagai mana zakat sebagai jaringan jaminan sosial.
Ironisnya pengekport utama dunia daging ruminan ialah di kalangan negara bukan Islam seperti Brazil, Australia, India, Argentina dan New Zealand. Lebih malang lagi, pengimport daging ruminan pula kebanyakan di kalangan negara Islam, termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, kerajaan menyedari kelemahan dalam industri ternakan ruminan dan telah mengambil langkah tertentu untuk membangunkannya dengan matlamat meningkatkan pengeluaran daging negara dan mengurangkan defisit imbangan dagangannya.
Pembangunan koridor ekonomi khususnya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyediakan landasan dan nafas baru pada aktiviti penternakan ruminan negara. Malah, penternakan haiwan adalah antara inisiatif spesifik sub-sektor yang difokus oleh NCER.
Selama ini aktiviti penternakan ruminan dilakukan oleh pekebun kecil. Untuk meningkatkan daya saing industri daging tempatan, penternak digalakkan untuk mengamalkan kaedah fidlot. Penternakan haiwan dilakukan secara berkelompok untuk mencapai bidangan ekonomi bagi membolehkan pelaksanaan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran secara komersial.
Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas (Negeri Sembilan) akan menjadi salah satu sumber haiwan ternakan bagi program fidlot lembu dan kambing di NCER. Di Kedah, ladang fidlot lembu dan kambing ialah di Kubang Pasu, Sik, Yan dan Baling. Di Perak pula ialah di Selama dan Hulu Perak.
Kelompok dan pembangunan pemprosesan halal untuk pasaran eksport adalah di Sungai Petani (Kedah), Tasik Glugor (Pulau Pinang) dan Padang Besar (Perlis).
Usaha untuk memajukan industri ternakan ruminan negara wajar juga dilihat dari sudut glokal iaitu kepentingannya kepada umat Islam seluruh dunia. Apabila hasil pengeluaran ternakan ruminan melebihi daripada sasaran kadar sara diri, maka ia boleh dieksport ke negara Islam lain yang mempunyai kekurangan pengeluaran daging ruminan.
Menerusi perdagangan antarabangsa, semangat ikhwan antara negara Islam dapat diperkukuhkan. Jika berlaku bencana alam di sesebuah negara Islam, maka ia tidak perlu meminta bantuan daripada negara bukan Islam. Ini secara tak langsung mengikis sindrom pergantungan kepada negara Barat rentetan daripada jaringan jaminan makanan yang dibawa oleh falsafah korban.
* Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ialah pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.
*Artikel in di petik dari Utusan 22 Disember 2007
Tuesday, December 11, 2007
Thursday, November 29, 2007
Kami menerima lawatan dari pelajar UKM





Pada 23 Oktober 2007 kami dengan berbesar hati telah menerima kunjungan sambil belajar dari sekumpulan 60 pelajar dan pensyarah dari Jurusan Ekonomi Pertanian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)yang di ketuai oleh saudari Karen Chiew. Semasa lawatan ini kami dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai industri ternakan kambing. Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kumpulan pelajar dan pensyarah ini menunjukkan satu petanda yang baik untuk industri ini. Kami berharap minat dan usaha ini diteruskan untuk kebaikan bersama. Selamat berjaya kami ucapkan kepada kumpulan pelajar dan pensyarah UKM ini.
Kursus Menternak Kambing di Bangi, Selangor.

Al-Barakah global food industry sdn. bhd., dengan usahasama Bank Pertanian Malaysia, akan mengadakan Kursus Penternakan Kambing di Pusat Latihan Bank Pertanian Malaysia, Bangi, Selangor.
Maklumat adalah seperti berikut:
1. Tarikh : 4-8 Jan 08 dan 25-29 Jan 08.
2. Bayaran: RM20 seorang sahaja.
3. Tempat: Pusat Latihan BPM Bangi dan Ladang Al-barakah, Nilai.
4. Format: 2 hari teori, 3 hari praktikal
5. Tempat tinggal, Makan dan pengangkutan ke ladang pergi/balik disediakan.
6. Maklumat diperlukan: nama, ic, alamat dan contact no.
7. SMS atau email maklumat yg diperlukan ke 013-343-2258 (yusof) atau s50096m@streamyx.com
Bersama-sama kita tingkatkan ilmu penternakan kambing untuk menjadikan industri ternakan kambing ini satu industri yang berdaya maju.
Friday, November 23, 2007
Kandang dan kawasan tanaman rumput
Kandang Kami di Merlong Tambak, Rengit, Batu Pahat.
Rumah Allahyarham nenda kami, Haji Abu Bakar bin Haji Ismail yang beralamat di No.3 Merlong Tambak, Sungai Merlong, Batu Pahat, Johor. Rumah ini terletak di tepi jalan utama Pontian-Batu Pahat.
Kandang kambing kami terletak di belakang rumah nenda kami. Atap kandang yang berwarna biru di bahagian kiri belakang rumah boleh kelihatan dari tepi jalan.
Pak Man dan Pak Zam yang mengusahakan kandang ini sepenuh masa. Pak Zam sedang mendukung anak kambing. Mereka ni memang sayang pada binatang. Semua kambing sangat manja dengan mereka.
Monday, October 15, 2007
Salam Aidil Fitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada semua pengunjung blog merlong boer farm. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dan berpeluang bergembira bersama keluarga. Kami doakan semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T.
Bulan Ramadan ini kami telah menerima hadiah istimewa dari Allah S.W.T. dengan kehadiran ahli keluarga terbaru kami. Anak perempuan saya telah selamat dilahirkan pada 8 Oktober 2007 pada pukul 11.45 malam. Kami bersyukur kepada Ilahi dengan limpah rahmat dan keizinannya, Ibu dan anak didalam keadaan sihat walafiat.
Kami juga bersyukur kerana keluarga dan rakan2 kami semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Kami mendoakan semoga rakan pengunjung blog ini dan juga rakan penternak sentiasa didalam lindungannya. Kandang dan perniagaan kami juga semakin menunjukkan kemajuan. Alhamdulillah.
Kami berterima kasih kerana telah menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai lokasi kandang kami. Kandang kami beralamat di No. 3 @ tiang lampu RS 104, Merlong Tambak, Sungai Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim (di sebelah jalan utama Batu Pahat - Pontian). Tempat kami terletak sebelah kanan 3 km dari pekan Rengit (kalau datang dari arah BP) dan sebelah kiri 6 km dari pekan Benut (kalau datang dari arah Pontian), hampir dengan jambatan kecil sungai merlong dan depan rumah ada banyak pokok pinang merah.
InsyaAllah akan kami muatkan gambar tempat kami supaya menjadi panduan.
Saturday, October 6, 2007
Kambing Boer Panggang (BBQ)

Kami terfikir pada Hari Raya ini mungkin ramai yang ingin menjamu tetamu dengan Kambing Panggang. Tentunya menyelerakan. Apalagi kalau kambing tu baka Boer. Ada yang memberitahu yang daging kambing Boer ni lebih enak dari kambing lain. Tapi kalau dah kambing panggang tu, tak kira apa breed pun, selalunya memang mendapat perhatian. Dimana nak cari caterer untuk kambing Boer panggang ni?
Tanaman Campur Mampu Beri Pendapatan RM2,000 Sebulan
BACHOK, 28 Jun (Bernama) — Sistem tanaman campur yang mengandungi ubi keledek, kenaf, dan kacang tanah di samping peliharaan kambing di kawasan tanah beris berpotensi memberi pandapatan RM2,000 sebulan sehektar kepada petani.Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman berkata negeri-negeri yang mempunyai tanah berpasir halus terutama di Kelantan sesuai diusahakan dengan projek berkenaan.”Negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kedah juga berpotensi untuk dikomersilkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang melawat Stesen MARDI, Telong di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias.Dr Abdul Shukor berkata projek berkenaan sangat sesuai sebagai tanaman alternatif kepada tanaman tembakau terutama di Bachok dan Pasir Puteh.Beliau berkata tanaman ubi keledek yang boleh dituai dua kali setahun mampu menghasilkan pelbagai produk makanan ringan seperti kek, coklat selain kuih-kuih tradisional.
Dr Abdul Shukor berkata langkah terbaik mereka mesti menyusun sistem pemasaran seperti kontrak ladang dengan agensi yang terbabit untuk mendapatkan pasaran lebih terjamin.
– BERNAMA
Kursus Penternakan dan Usahawantani
Diantara Kursus-kursus dibawah kelolaaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan(JPH:
Kursus-kursus yang dijalankan di Institut Haiwan Kluang Johor.
Kursus-kursus yang dijalankan di Institut Pengurusan Veterinar,Cheras.
Kursus-kursus yang dijalankan di Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri,Dungun,Terengganu.
Antara kursus anjuran teman penternak:
Kursus anjuran Cikgu Halim di Alor Gajah, Melaka.
Kursus anjuran interXpose.
Makanan Ternakan dari sumber kelapa sawit


Pelet Pelepah Kelapa Sawit
Dengan kenaikan kos makanan yang membebankan, kami sedang berusaha untuk mencari alternatif. Disamping pemberian rumput dan daun-daun, pemberian pallete dapat meringankan beban terutamanya kepada penternak yang tidak mempunyai kawasan yang besar untuk tanaman rumput atau penternak yang tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi untuk mengerjakan kawasan tanaman rumput. Pallette dari OPF (Oil Palm Frond dapat dijadikan bahan alternatif untuk makanan ternakan.
1. Didapati boleh menjadi sumber rufaj yang baik unutk haiwan ruminan
2. Palet diproses dari daun-daun dan potiole yang segar
3. Mempunyai cara pemprosesan yang strategik
4. Sumber makanan untuk haiwan ruminan yang praktikal
5. Segar dan sesuai dengan selera haiwan ruminan. Contohnya ternakan kambing & lembu amat sesuai diberkan sebagai makanan tambahan.
6. Merupakan produk yang berkualiti
7. Nilai nutriennya boleh ditingkatkan mengikut permintaan
Nilai Nutrien
Kandungan berat kering (%) 98.18%
Protein kasar (%) 4.527
Serabut kasar (%) 38.5 - 51.0
Abu 3.2
Serabut detergen asid (%) 54.2 - 55.6
Serabut detergen neutral (%) 73.9 - 78.7
Tenaga kasar (kcal/g) 4405
Tenaga metabolisma (MJ/kg) 5.65-
Rujukan - MARDI.
Wednesday, September 26, 2007
Macam-macam Kambing ada!

Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.

Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik.

British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.

Nigerian Dwarf- tidak pernah dijumpai di Malaysia. Mungkin di bela sebagai haiwan peliharaan. Kecik dan cute.

Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak kambing.

Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.

Kampung- Ini adalah hero kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.

Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika.

Mountain- Kambing Gunung. Hidup di kawasan tanah tinggi di benua Amerika. Malaysia mempunyai spesis kambing gunung sendiri.

Somali-Kambing yang amat banyak terdapat di Somalia. Tahan penyakit dan mudah diternak di kawasan yang tidak subur. Diberitakan ada syarikat koperasi yang mengimpotrt kambing dengan jumlah yang besar dari Somaliland. Mungkin inilah breed yang diimport.

BadBoer (Badak+Boer)- Badak couple dengan Kambing boer. Tak pernah dengar lagi kalau ada yang menjadik. Kalau dapat anak, mesti jadik breed yang paling besar dalam sejarah kambing.









