Saturday, February 7, 2009

Bekalan Pallet Biopalma Biasa dan yang khusus untuk Kambing

Salam hormat,

Harga makanan yang naik melambung telah memberi tekanan kepada penternak di negara kita. Ada beberapa kandang yang terpaksa ditutup kerana kos operasi yang terlalu tinggi berbanding hasil kandang. Kami turut merasa tekanan tersebut. Kami telah meminta nasihat daripada rakan2 penternak lain dan juga badan berkenaan. Yang baiknya, ramai yang menjadi kreatif akibat keadaan semasa dan telah berjaya menggunakan berbagai hasil buangan seperti sisa jagung, pisang, soya, sagu dari kilang IKS. Daun kelapa sawit dan rumput2 liar dan apa jua daun yang boleh dimakan juga turut digunakan. Tetapi kami juga dapati tidak semua penternak yang mempunyai kemudahan untuk mendapatkan hasil makanan ini.

Kami juga telah dinasihatkan untuk terus menggunakan pallet sebagai makanan sampingan untuk memastikan bekalan zat dan vitamin yang kritikal untuk tumbesaran dan kesihatan kambing. Secara dasarnya, makanan baik, kambing sihat dan produktif, anak dan susu banyak, pulangannya pun baik dan masa tidak terbuang. Tentunya kita tidak mahu membuang masa dan tenaga dengan memberi makanan yang tidak bermutu dan 3-6-9 bulan kemudian kambing2 menjadi kurus, tidak sihat, tak mau beranak dan sebagainya.

Kami pun telah meningkatkan penggunaan rumput napier dan meneruskan pemberian pallet sebagai makanan sampingan. Kami mencuba beberapa jenis pallet yang terdapat di Batu Pahat. Kami kemudian terus mencuba dengan pallet Biopalma keluaran Felda. Kami dapati harganya masih ok.

Yang penting harganya adalah jauh lebih murah dari harga pallet soya hull atau wheat yang telah kami gunakan yang berada disekitar RM50/50kg bag sekarang ini.

Untuk memudahkan penternak di Batu Pahat, kami telah mendapatkan bekalan pallet pallet Bioplama ini. Bekalan pallet Biopalma Biasa dan yang khusus untuk Kambing telahpun selamat tiba di kandang kami di Sg. Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Harga terkini:

Pallet Biopalma biasa adalah RM38/50kg bag
Pallet Biopalma khusus untuk kambing adalah RM41/50kg bag

Kami telah mencuba beberapa jenis pallet dan kami mendapati pallet Biopalma memberi pulangan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami yakin dengan pallet ini kerana itulah kami memberi pallet Biopalma sebagai makanan sampingan kepada ternakan kami.

Kepada penternak yang berminat untuk mendapatkan bekalan pallet Biopalma Felda, sila hubungi Shazali 0192737720, Faidzal 0123706480 atau NorAzam 0136020836. Kami faham masalah anda kerana kami juga penternak seperti anda.

Thursday, July 3, 2008

Sambutan menggalakkan untuk EM.

Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan untuk EM. Ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dan meningkatkan penggunaan bahan organik di dalam bidang penternakan dan perladangan dari penternak dan peladang terutamanya di negeri Johor. Kami berterima kasih di atas sambutan ini. Inilah serba sedikit sumbangan kami untuk anak cucu kita. Tanah bumi ini bukan milik kita selamanya. Marilah kita tinggalkan tanah bumi ini dalam keadaan yang terbaik untuk anak cucu kita.

Dengan sambutan yang menggalakkan ini kami telah membuat pengambilan stok baru untuk EM. Dapatkan pati EM di Merlong Boer Farm pada harga RM20/ liter.

Jangan kita biarkan tanah bumi ini terus dicemar... untung untuk jangka masa yang pendek tetapi rugi besar kita dan anak cucu akhirnya. Jangan kita biarkan anak cucu mengingati kita sebagai golongan yang bertanggungjawab menghancurkan tanah bumi ini.

Hubungi Faidzal 0123706480, Syazali 0192737720 dan Azam 0136020836

merlongboerfarm.blogspot.com

Saturday, May 31, 2008

Anak kambing untuk dijual

Merlong Boer Farm mempunyai stok jualan:

a) 7 ekor anak kambing jantan boer cross F1 berumur kira-kira 6 bulan berat dalam 20-30kg.
b) kambing jantan jamnapari cross umur dalam 1 tahun berat dalam 30-40kg.
c) kambing jantan feral cross umur 1 tahun berat dalam 30-40kg.

Sila hubungi Norazam di 013 6020836 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, March 18, 2008

Bekalan Pallet BioPalma, Blok Nutrien Nutriblok, Cecair Nutrien MoLife dan EM

Merlong Boer Farm yang bertempat di Sungai Merlong, Batu Pahat, Johor, baru menerima bekalan baru untuk Pallet BioPalma keluaran Felda, Blok Nutrien Nutriblok dan Cecair Nutrien MoLife keluaran Matech (hasil R&D Mardi)dan cecair Effective Micro Organisma EM keluaran JAMOF.

Harga kami bagi untuk Pallet BioPalma adalah RM40/satu bag 50 kg.
Harga kami bagi untuk blok Nutrien Nutriblok adalah RM18/satu blok.
Harga kami bagi untuk Cecair Nutrien MoLife adalah RM 15/1.5ltr.
Harga kami bagi untuk Cecair EM adalah RM20/1 ltr.

Harga ini adalah harga di kandang setelah mengambil kira kos pengangkutan dan sudah tentu boleh dirundingkan untuk belian banyak.

Sila hubungi Norazam 013 6020836, Kamaruzaman 013 7860570, 07 4242671 untuk maklumat lanjut.

Bersama-sama Kita Memajukan Industri Ternakan Negara!

Merlong Boer Farm di 2008 Showcase Mardi Kluang

































































Sunday, February 17, 2008

Kursus Intensif Penternakan Kambing

Tuan/Puan,

Pihak Bank Pertanian Malaysia bersama-sama Al-Barakah Global Food Industry Sdn Bhd menawarkan Kursus Intensif Penternakan Kambing untuk penternak & kakitangan penternak seperti berikut:

Tarikh: 15-17/03/2008 (3 Hari)
Kos seorang peserta: Hanya RM20 keseluruhan.
Disediakan: Makan/minum, tempat tinggal, kemudahan kursus, sijil etc.
Tempat Kursus: Institut Pembangunan Bank Pertanian Malaysia (ABADI), Bangi &
Ladang Al-Barakah Global Food Industry SB, Nilai
Fasilitator/Penceramah Terlibat:
•Dr. Azman Shah Bin Abdul Manaf - Pegawai Veterinar, JPH Negeri Sembilan.
•Ahmad Daud Bin Ramtan - Penyelaras Projek TAC, JPH Negeri Sembilan.
•Tafsir bin Serin - Pegawai Penyelidikan, MARDI UPM
Tajuk utama: 1) Pengurusan Ternakan Komersial
2) Mengenal Penyakit & Bedah Siasat
Syarat Peserta: Penternak yang mempunyai ternakan lebih dari 5 ekor.
Aturcara kursus: Akan diberikan melalui email pada yang mendaftar.
Maklumat peserta yang diperlukan: Nama, IC, Alamat lengkap, Tel. yang boleh dihubungi, email address

Sila beri maklumat yang diperlukan jika berminat untuk menyertainya melalui email s50096m@streamyx.com atau sms ke 013-343-2258.

Jika ada pertanyaan, boleh menghubungi En. Fariz (012-303-9274).

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Friday, December 21, 2007

Manfaat haiwan korban

Oleh ABDUL RAHIM ANUAR

AIDILFITRI dikaitkan dengan zakat fitrah. Aidiladha pula dikaitkan dengan korban. Masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri. Rakyat Islam di Malaysia yang seramai 17 juta orang akan menyambut Aidiladha pada 20 Disember atau 10 Zulhijah ini.

Amalan korban dilakukan selepas solat Aidiladha dan pada hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. dan sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Binatang yang dikorbankan ialah unta, lembu, kerbau, kambing atau bebiri. Semua binatang itu boleh dikategorikan sebagai ternakan ruminan.


Selain amalan mulia dan dituntut dalam Islam, penyembelihan binatang korban itu mempunyai implikasi dasar ekonomi yang penting kepada negara khususnya dalam industri ruminan. Kepentingan industri ruminan dan sumbangannya dalam pembangunan sosial dan ekonomi adalah juga jelas dengan syariat membayar zakat ternakan.

Baru-baru ini, sekadar contoh, sebanyak 1,000 ekor lembu import dari Thailand dibawa masuk ke Kedah bagi menampung keperluan permintaan yang dijangka meningkat menjelang sambutan Aidiladha. Ini mencerminkan kadar sara diri hasil ternakan negara masih rendah.

Untuk daging lembu (termasuk kerbau) kadar sara dirinya ialah kira-kira 25 peratus pada masa ini. Begitu juga bagi daging kambing, kadar sara dirinya adalah jauh lebih rendah daripada daging lembu iaitu kira-kira 10 peratus.

Kadar sara diri yang rendah dalam industri ruminan telah mengakibatkan kita mengimport produk susu hampir kesemuanya dari luar negara. Kadar sara diri bagi susu ialah kira-kira lima peratus sahaja.


Berbanding dengan ternakan unggas, kadar sara diri bagi daging ayam dan itik adalah lebih daripada mencukupi iaitu 125 peratus pada masa ini. Bagaimanapun, ternakan unggas tidak termasuk dalam senarai binatang korban dan zakat ternakan.

Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, bebiri, lembu, kerbau dan unta.

Berdasarkan statistik 2006 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bagi industri ruminan terdapat kira-kira 794,510 ekor lembu, 190,876 ekor kerbau, 285,860 ekor kambing dan 112,443 ekor bebiri. Untuk industri unggas pula, terdapat kira-kira 192,525,321 ekor ayam dan 9,361,108 ekor itik.

Kadar sara diri yang rendah dalam industri ruminan menjadikan Malaysia sebagai pengimport bersih bagi ternakan hidup dan produk dagingnya. Dalam erti kata lain, kita banyak mengimport daripada mengeksport.


Bil import ternakan ruminan adalah tinggi. Sekadar contoh pada 2003 (data terkini), bil import lembu hidup untuk penyembelihan ialah kira-kira RM91 juta (bersamaan 59,041 ekor lembu) manakala untuk produk daging lembu ialah kira-kira RM384 juta (atau 85,277 tanmetrik ).

Aliran keluar wang seperti ini boleh dibendung jika terdapat industri ruminan yang berskala ladang dan tersusun hala tuju pembangunannya.

Senario ini lebih kritikal apabila dikaitkan dengan amalan korban dan akikah. Permintaan yang tinggi ke atas ternakan ruminan untuk korban dan akikah berbanding dengan bekalannya boleh meningkatkan harga ternakan itu.

Ini sudah pasti akan menjejaskan kemampuan individu Islam yang ingin menyahut dan memakmurkan seruan korban dan akikah. Lebih-lebih lagi fadilat korban itu besar bagi tuannya dengan setiap bulu ternakan yang dikorbankan itu adalah kebajikan.


Jaminan


Situasi ketidakcukupan makanan dalam daging ruminan tidak sepatutnya berlaku kerana Islam mementingkan jaringan jaminan makanan sebagai mana zakat sebagai jaringan jaminan sosial.

Ironisnya pengekport utama dunia daging ruminan ialah di kalangan negara bukan Islam seperti Brazil, Australia, India, Argentina dan New Zealand. Lebih malang lagi, pengimport daging ruminan pula kebanyakan di kalangan negara Islam, termasuk Malaysia.


Bagaimanapun, kerajaan menyedari kelemahan dalam industri ternakan ruminan dan telah mengambil langkah tertentu untuk membangunkannya dengan matlamat meningkatkan pengeluaran daging negara dan mengurangkan defisit imbangan dagangannya.

Pembangunan koridor ekonomi khususnya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyediakan landasan dan nafas baru pada aktiviti penternakan ruminan negara. Malah, penternakan haiwan adalah antara inisiatif spesifik sub-sektor yang difokus oleh NCER.


Selama ini aktiviti penternakan ruminan dilakukan oleh pekebun kecil. Untuk meningkatkan daya saing industri daging tempatan, penternak digalakkan untuk mengamalkan kaedah fidlot. Penternakan haiwan dilakukan secara berkelompok untuk mencapai bidangan ekonomi bagi membolehkan pelaksanaan aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran secara komersial.

Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas (Negeri Sembilan) akan menjadi salah satu sumber haiwan ternakan bagi program fidlot lembu dan kambing di NCER. Di Kedah, ladang fidlot lembu dan kambing ialah di Kubang Pasu, Sik, Yan dan Baling. Di Perak pula ialah di Selama dan Hulu Perak.

Kelompok dan pembangunan pemprosesan halal untuk pasaran eksport adalah di Sungai Petani (Kedah), Tasik Glugor (Pulau Pinang) dan Padang Besar (Perlis).


Usaha untuk memajukan industri ternakan ruminan negara wajar juga dilihat dari sudut glokal iaitu kepentingannya kepada umat Islam seluruh dunia. Apabila hasil pengeluaran ternakan ruminan melebihi daripada sasaran kadar sara diri, maka ia boleh dieksport ke negara Islam lain yang mempunyai kekurangan pengeluaran daging ruminan.

Menerusi perdagangan antarabangsa, semangat ikhwan antara negara Islam dapat diperkukuhkan. Jika berlaku bencana alam di sesebuah negara Islam, maka ia tidak perlu meminta bantuan daripada negara bukan Islam. Ini secara tak langsung mengikis sindrom pergantungan kepada negara Barat rentetan daripada jaringan jaminan makanan yang dibawa oleh falsafah korban.

* Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ialah pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.

*Artikel in di petik dari Utusan 22 Disember 2007

12 Zulhijjah 1428