Thursday, May 31, 2007

Soal Jawab mengenai Pallet Biopalma,Nutriblok, Molife, EM dan Pakej Ladang Ternakan Merlong.

Berikut adalah sebahagian persoalan yang kami terima mengenai Pallet Biopalma, Nutriblok, Molife, EM dan Pakej Ladang Ternakan Merlong.

1. Pakej Permulaan tu hanya untuk penternak di Batu Pahat je ke?


Tujuan asal Pakej Permulaan itu adalah untuk membantu penternak yang baru memulakan penternakan di kawasan Batu Pahat, Pontian dan sekitarnya. Namun kami sedia menerima pembelian dari kawasan lain.

2. Untuk barter trade tu anak kambing je ke boleh tukar? Bapak dan Mak kambing camne?

Kami sedia menerima pertukaran dengan Bapak dan Mak kambing dan apa jua pertalian keluarga kambing. Tetapi harus diingatkan jikalau semua kambing ditukarkan dengan makanan ternakan, siapa pula yang nak makan makanan kambing tu nanti.

Nota: Kami juga membeli kambing dari baka apa sahaja pun.


3. Barter trade tu untuk penternak Batu Pahat je ke?


Kami sedia menerima pertukaran dengan penternak dari kawasan lain. Cuma takut kos pengangkutan yang tinggi akan menyusahkan penternak. Tetapi jikalau anda mempunyai transport atau boleh bawak kambing dalam kereta atau naik basikal untuk mengurangkan kos anda, tidak menjadi halangan buat kami, asalkan kambing itu sihat dan cukup sifat.


4. EM tu kuman ke? Tak bahaya ke kalau pakai kuman?

EM adalah mikro organisma berkesan atau dalam english nya Effective Mikroorganism. Kalau dalam bahasa pasarnya mungkin boleh dipanggil kuman. Kuman atau bakteria ini boleh dibahagikan secara ringkasnya kepada 2 kumpulan, baik dan tidak baik. Cecair EM mengandungi bakteria baik yang membantu kehidupan kita tanpa meninggalkan kesan buruk.

5. Saya nak tanya EM ni teknoloji mana dan siapa penciptanya?

EM ini adalah hasil dari kajian para saintis dari Negara Jepun. Ianya tidak dicipta oleh manusia. Penemuan mikroorganisma ini dan hasil baiknya telah bermula sejak tahun 60 an lagi oleh Prof. Dr. Teruo Higa yang pada masa itu sedang menjalankan kajian untuk mencari alternatif kepada bahan kimia yang digunakan didalam pertanian.

6. Last time saya beli PKC keluaran Felda ni bila bagi makan kambing terlalu kerap, kambing mengalami bengkak hati, sakit mata dan last mati. Sekarang ni dah ok ker kualiti PKC keluaran Felda Johor?

Pallet Bioplama Felda dibuat berasakan bahan PKE bukan PKC, sila rujuk nota dibawah yang diekstrak dari posting saya yang lalu. Nota: PKC tidak digunakan dalam penghasilan pallet Biopalma Felda kerana residue bahan kimia yang digunakan semasa proses megekstrak minyak sawit adalah amat merbahaya kepada ternakan dan juga umat manusia. Penggunaan PKC dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ternakan menjadi buta, mandul dan juga mati. Kita mungkin tidak menyedari kesan sampingan ini kerana PKC banyak digunakan untuk ternakan feedlot yang cuma diternak dalam jangka masa 3 bulan.

Pallet Biopalma Felda adalah keluaran Felda Farm Products Sdn. Bhd. dan kilangnya di Serting Negeri Sembilan, bukan di Johor.

7. Berkenaan harga pada saya biasa sahaja tak ler murah seperti yang dikatakan pada posting dibawah. Tak boleh bagi harga kurang yang sebenar ker? Kini kalau tak silap saya (sebab costing ayah saya jaga) dapat PKC Lembu RM25/50kg/beg, Kambing RM32/50kg/beg. Kuantiti order 4 tan sebulan. Siap hantar.

Kami tidak mempunyai data untuk harga PKC kerana kami tidak menggunakan PKC sebagai makanan ternakan kerana kesan sampingan yang merbahaya untuk ternakan dan juga umat manusia.

Untuk harga Pallet Biopalma Felda, harga yang kami tawarkan adalah RM30 untuk feedlot dan RM36 untuk goat/sheep. Kuantiti order tiada had minimum atau maksimum. Bermakna kami sedia terima belian dari satu bag hingga ke jumlah permintaan penternak.

Untuk pembelian jumlah banyak, tentunya harganya akan menjadi lebih murah.

Dengan kenaikan harga minyak dan kos-kos lain, kos untuk mengangkut Pallet Biopalma Felda ke tempat kami semakin meningkat akhir akhir ini. Namum itu kami tetap mempertahankan harga Pallet Biopalma ini untuk menjadikannya kompetitif.

Saudara boleh bertanya kepada syarikat pengangkutan untuk kos mengangkut pallet Biopalma dari Serting, Negeri Sembilan ke tempat saudara untuk memastikan jumlah kos sebenar untuk pallet ini.

Harga kami adalah sangat kompetitif untuk penternak di Batu Pahat, Pontian dan kawasan disekitarnya. Untuk makluman saudara, harga Pallet Soya Hull di kawasan kami adalah RM38 untuk satu bag 50 kg! (soya hull hanyalah waste product kulit kacang soya dengan bahan kandungan serta kualitinya jauh lebih rendah berbanding Pallet Biopalma Felda).

Untuk penternak di sekitar Muar boleh berhubung dengan Encik Razali h/p 0133870000

Sila berhubung dangan kami untuk maklumat lanjut



8.Cuma nak cari option ler kalau boleh dapat barang lebih murah dan berkualiti especially dari orang melayu kita. Garam berapa u boleh dapat? Saya boleh dapat RM18 untuk 5kg garam jilat mineral/molas/vitamin.

Harga yang kami tawarkan adalah RM15 untuk satu blok Nutriblok 4 kg. Kami amat yakin dengan kualiti Nutriblok hasil kajian Mardi ini kerana kami sendiri telah mencubanya dengan ternakan kambing dan kami juga selalu berhubung dengan penternak yang telah menggunakan Nutriblok ini.

Kami ada juga menerima aduan dimana seorang penternak telah mendapati kambing ternakannya bukan sahaja menjilat tetapi telah turut memakan Nutriblok ini. Kami juga turut mengalami pengalaman yang sama dengan kambing ternakan yang kami cuba tetapi kami tidak pula menggangapnya sebagai satu masalah. Bagaimanapun untuk medapatkan kepastian kami berhubung dengan pegawai penyelidik Mardi melalui rakan di Serdang. Kami dimaklumkan bahawa itu adalah petanda yang baik kerana kambing ternakan itu suka dengan Nutriblok dan ia hanya cuba untuk mendapatkan segala nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan. (Kami belum pernah mengalami pengalaman kambing ternakan cuba untuk memakan blok garam jilat biasa)

Nutriblok dan Molife di hasilkan di kilang di Serdang, Selangor. Dengan kenaikan harga minyak dan kos-kos lain, kos untuk mengangkut Nutriblok dan Molife ke tempat kami semakin meningkat akhir akhir ini. Namum itu kami tetap mempertahankan harga Nutriblok dan Molife untuk menjadikannya kompetitif.

Harga yang kami tawarkan adalah sangat kompetitif untuk penternak di Batu Pahat, Pontian dan kawasan di sekitarnya.

Harga untuk Nutriblok dan Molife ini akan menjadi lebih murah untuk belian dengan jumlah yang banyak.


7. Saya pernah tengok orang pakai Molife. Nampak macam molasses je.

Molasses adalah diantara bahan2 yang digunakan untuk membuat Molife. Tetapi molasses sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan protein, tenaga, garam mineral dan vitamin yang diperlukan oleh haiwan ternakan. Oleh itu Mardi telah menjalankan kajian saintifik dan teliti untuk menghasilkan formula campuran bahan2 yang terbaik untuk menghasilkan cecair nutrien untuk haiwan ternakan dengan kos yang ekonomikal. Dengan kajian itu terhasillah Molife yang berkemampuan untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh haiwan ternakan di Malaysia. Kajian untuk Nutriblok dan Molife dijalankan di Malaysia, tercipta di Malaysia dan di keluarkan di Malaysia untuk haiwan ternakan di Malaysia.




Salam hormat,

Faidzal Ghazali
http://merlongboerfarm.blogspot.com

Tuesday, May 29, 2007

Pakej Makanan Permulaan Bermutu Untuk Kambing Ternakan Anda


Pakej Makanan Bermutu Untuk Kambing Ternakan Anda


Dalam usaha untuk menggalakkan industri ternakan kambing, Ladang Ternakan Merlong sedang mengadakan promosi dengan menyediakan pakej permulaan istimewa.

Tujuan pakej ini adalah untuk memudahkan penternak kambing yang baru menceburi industri ini.

Menternak kambing adalah satu perniagaan. Langkah awal anda amatlah penting. Kami menggalakkan anda untuk memudahkan kerja kerja diperingkat awal ini. Bila anda memperolehi momentum, perjalanan menjadi lebih mudah. Bila kerja kerja di peringkat awal di permudahkan dan kejayaan kecil sudah diperolehi, keyakinan diri akan bertambah.

Adalah sifat semulajadi manusia untuk berfungsi dengan baik didalam situasi yang menyeronokkan. Bidang perniagaan anda menjadi lebih seronok dan hasilnya tentulah lebih baik.

Dengan adanya pakej ini, kami harap ianya dapat memudahkan langkah awal dan seterusnya mempercepatkan kadar pertumbuhan perniagaan anda.

Diperingkat permulaan, pengalaman kita tidak banyak. Kita tidak tahu makanan jenis apa yang terbaik dan syarikat pengeluar mana yang menghasilkan makanan bermutu tinggi.

Tetapi sekarang anda tidak perlu risau lagi.

Makanan ternakan yang ditawarkan didalam pakej ini adalah bermutu tinggi dan dihasilkan oleh Felda, Mardi dan Jamof. Anda hanya perlu menumpukan perhatian kepada penjagaan kambing ternakan, pemasaran dan perniagaan tanpa perlu risau tentang kualiti makanan yang diberikan kepada ternakan. Ini sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban dan stress anda.

Kami menawarkan pakej istimewa yang mengandungi 1 bag Pallet Biopalma Goat/Sheep, 1 blok 4kg nutrien blok Nutriblok, 1 botol 1.5 liter cecair nutrien Molife dan 1 botol 1 liter cecair EM. Pakej ini bernilai RM36 + RM15 + RM12 + RM20 = RM 83.

Untuk penternak penternak baru di kawasan sekitar Batu Pahat dan Pontian, anda boleh mendapatkan pakej ini dengan hanya RM77 sahaja. Nilai yang anda perolehi adalah lebih daripada harga yang anda bayar untuk pakej ini.

Tawaran ini adalah untuk stok terhad sahaja. Jadi, bertindaklah sekarang.

Hubungi Ladang Ternakan Merlong untuk mendapatkan pakej terhad ini.


Jika anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.

Monday, May 28, 2007

Kami ingin membantu penternak yang kekurangan modal

Kami ingin membantu penternak yang kekurangan modal

1. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut lagi?

Dalam pengalaman pendek kami didalam bidang penternakan, kami berpeluang bertemu danberkenalan dengan penternak-penternak yang bersemangat dan berkesungguhan tinggi walaupun modal yang ada kurang mencukupi. Kambing ternakan diberi makan rumput dan daun-daun yang dikumpul disekitar kebun seadanya. Kambing kelihatan kurus, hasil pengeluaran tidak memberansangkan dan bibit bibit kekecewaan mula timbul. Perjalanan terasa sukar dan pengalaman yang dilalui tidak menggembirakan.

Kami memahami masalah anda dan kami hormati dan sanjungi semangat dan kesanggupan anda untuk meneruskan perjuangan.

2.Kenapa kami ingin membantu anda?

Sebagai penghormatan diatas kesungguhan penternak-penternak kambing yang sanggup meneruskan perjuangan walaupun perjalanan yang ditempuhi sukar sekali kerana modal yang dipunyai kurang mencukupi, kami telah bersepakat untuk membantu anda. Anda tidak perlu bersusah payah untuk meminjam wang untuk membeli makanan yang terbaik untuk kambing anda. Anda juga tidak sekali kali perlu merasa putus asa. Anda tidak perlu membuat keputusan untuk menjual kesemua kambing ternakan dan kandangnya sekali.

3.Bagaimana kami dapat membantu anda?


Kami sedia membantu anda. Kami sedia menerima kambing anda sebagai pertukaran untuk makanan kambing yang berkualiti. Sebagai contoh, jikalau anda mempunyai 10 ekor kambing dewasa dan 1 ekor anak, anda boleh menukar anak kambing itu dengan makanan kambing. Jikalau nilai anak kambing itu adalah RM100 sebagai contoh, anda boleh menukarkannya dengan 2 bag Pallet Biopalma Goat/Sheep Felda yang harganya RM36 untuk 1 bag, 1 blok Nutriblok dari Mardi yang berharga RM15 dan 1 botol Molife dari Mardi yang berharga RM12. Kesemuanya berjumlah RM72+RM15+RM12=RM99 dan kami akan tetap memulangkan RM1 kepada anda!

4.Kesimpulannya?

Dengan hanya menukarkan seekor anak kambing, anda dapat memberi makanan yang terbaik untuk kambing ternakan yang lain! Hasil pengeluaran kandang anda tentu bertambah baik. Keyakinan diri anda bertambah dan perjalanan menjadi semakin mudah. Pengalaman ini tentunya menyeronokkan. Ini adalah faktor penting untuk kejayaan anda. Anda lebih gembira. Kami turut tumpang gembira dapat membantu anda dan kami juga gembira dapat seekor anak kambing. Kami harap ini dapat membantu sedikit sebanyak didalam perjuangan anda.

Kami bersedia untuk membantu anda.

Kami sedia berunding untuk pertukaran dengan jumlah yang tinggi.

Kami menjalankan program percubaan ini untuk penternak di kawasan Batu Pahat, Pontian dan kawasan disekitarnya. Sila hubungi Ladang Ternakan Merlong sekarang.

Jika anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.

Cecair EM (Mikro Organisma Berkesan) Untuk Amalan Mesra Alam.


Cecair EM (Mikro Organisma Berkesan) Untuk Amalan Mesra Alam Yang Menguntungkan Anda

1. Apa itu Cecair EM?


Cecair Em (Mikro Organisma Berkesan) adalah hasil kajian para saintis dari negeri Jepun. Ianya dikeluarkan oleh JAMOF Sdn. Bhd. satu syarikat kerjasama Jepun dan Malaysia. Mikro Organisma adalah komponen asas kehidupan kita. Mikro Organisma terdapat di merata rata. Tanpa Mikro Organisma, kehidupan kita menjadi sukar. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Mikro organisma baik dan tidak baik. Penggunaan mikro organisma baik ini dapat membantu kehidupan kita.

2. Apa kebaikannya untuk kambing saya?

Dengan menyemburkannya ke kawasan kandang dan mencampurkannya ke dalam minuman ternakan, ia dapat membantu mengawal kebersihan dan seterusnya jangkitan penyakit. Ianya boleh mengurangkan bau busuk tinja seterusnya menghindarkan kehadiran lalat dan agas. Ianya juga dapat membantu mengawal jangkitan kutu dan sakit kulit. Kegunaan mikro organisma baik ini juga dapat membantu sistem penghadaman kambing anda.

3. Tapi saya menggunakan racun dan bahan kimia?

Penggunaan cecair EM boleh menggantikan bahan kimia dan racun seterusnya mengurangkan kos anda. Seperti yang anda sedia maklum, penggunaan racun dan bahan kimia adalah merbahaya dan boleh memudaratkan. Penggunaan cecair EM didalam amalan penternakan dan peladangan adalah amat digalakkan untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dan racun seterusnya dapat memelihara kawasan persekitaran. Amalan penggunaan cecair EM adalah amalan mesra alam yang mengurangkan kos disamping memelihara alam persekitaran.

Dengan menggunakan cecair EM anda dapat menikmati kebaikan mikro organisma baik yang sudah tentunya dapat mengurangkan kos anda disamping dapat membantu anda menunaikan tangggungjawab anda sebagai penghuni alam ini.

4. Berapa pelaburannya?

Pelaburan adalah minimum kerana dengan setiap liter cecair EM, anda boleh menghasilkan sebanyak 40-50 liter cecair yang boleh digunakan untuk minuman ternakan dan juga mengawal kebersihan. Pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum.

i. Kami membekalkan satu liter cecair EM (pati) dengan harga hanya RM20!

ii. Untuk satu botol 5 liter cecair EM (pati), kami membekalkannya dengan hanya RM95!

(Dengan satu liter cecair ini anda boleh menghasilkan sebanyak 40-50 liter cecair EM yang sedia dipakai setelah dicampur dengan air suling/hujan dan molasses dan diperam selama satu minggu).

ii. Untuk cecair EM yang telah siap dibancuh dan dan diperam di kilang, kami membekalkannya dengan hanya RM20 untuk 5 liter! Ianya sedia digunakan. Anda tidak perlu mencampurkannya dengan air suling/air hujan dan molasses dan ia tidak perlu diperam. Sangat berguna jika anda mempunyai keperluan yang segera dan ingin menjimatkan masa.

Nota: 1.Cecair EM tidak boleh dicampurkan dengan air paip yang mengandungi klorin kerana ianya akan mengurangkan keberkesanan mikro organisma baik ini.
2. Proses pemeraman tidak boleh dilakukan didalam bekas logam kerana sifat anti-oksida EM ini akan bertindak untuk menghalang proses karat. Proses ini akan mengurangkan keberkesanan EM apabila anda menggunakannya.
3. EM hendaklah disimpan di tempat bersuhu bilik, jauh dari sinar matahari dan habuk.
4. Tutup ketat botol EM unutk mengelakkan kemasukan bahan asing.
5. Lebihan cecair EM hendaklah dipindahkan kedalam bekas lebih kecil untuk mengurangkan kandungan udara didalam bekas itu.


Penternak yang telah menggunakan EM amat berpuashati dengan hasil pelaburan mereka. Pelaburan anda bukan sahaja dari segi kewangan, ianya juga melibatkan masa dan tenaga anda. Masa anda yang terbuang tidak akan dapat diganti. Dapatkan pulangan yang maksimum untuk pelaburan wang, tenaga dan masa anda. Melaburlah untuk meningkatkan produktiviti disamping memelihara alam sekitar kurniaan tuhan. Dapatkan cecair EM sekarang.

Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.

Jikalau anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.


Pallet Biopalma Bermutu Tinggi Keluaran Felda


Pallet Biopalma Feedlot dan Goat/Sheep keluaran Felda

1. Apa itu Pallet Biopalma Felda?

Pallet Biopalma Felda (Feedlot dan Goat/Sheep) adalah pallet makan ternakan hasil kajian dan keluaran Felda. Ianya menggunakan PKE sebagai bahan asas dan dicampurkan dengan Gandum, Jagung , Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan anda.

2. Apa bahan bahannya?

Penghasilan pallet makanan Biopalma adalah berasaskan tumbuhan dan bebas dari sebarang penggunaan lelemak haiwan, bahan kimia dan antibiotik terlarang.

Kedua-dua nya mengunakan PKE (Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Sawit) sebagai bahan asas dan dirumus secara saintifik dengan Polad Gandum, Jagung , Mil Kacang Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan anda. Pallet Biopalma juga diperkayakan dengan protein, tenaga, asid amino dan agen probiotik. Pallet Biopalma sedia diberi terus kepada ternakan ruminan anda tanpa perlu dicampur dengan bahan bahan lain.

3. Apa bezanya Pallet Biopalma Feedlot dan Goat / Sheep?

Perbezaannya, Pallet Biopalma Goat / Sheep dihasilkan menggunakan formula khas untuk kambing hasil kajian saintifik dan teliti oleh Felda. Kadar dan jumlah campuran bahan-bahan untuk Pallet Biopalma Goat / Sheep adalah lebih optimum untuk kegunaan kambing. Pallet Biopalma Goat/Sheep diperkayakan dengan Molas serta kandungan sebatian zink-asid amino untuk mengimbangkan kuprum serta mineral yang lain supaya ianya seimbang dan optimum dengan keperluan kambing anda.

Walaupun hasil penggunaan Biopalma Feedlot ini amat bagus, penggunaan Pallet Biopalma Goat/Sheep ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik, lebih produktif dan lebih menguntungkan untuk kambing berbanding dengan penggunaan Pallet Biopalma Feedlot.

Nota: PKC tidak digunakan dalam penghasilan pallet Biopalma kerana residue bahan kimia yang digunakan semasa proses megekstrak minyak sawit adalah amat merbahaya kepada ternakan dan juga umat manusia. Penggunaan PKC dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ternakan menjadi buta, mandul dan juga mati. Kita mungkin tidak menyedari kesan sampingan ini kerana PKC banyak digunakan untuk ternakan feedlot yang cuma diternak dalam jangka masa 3 bulan.

4. Bagaimana dengan kualitinya?

Felda adalah syarikat yang amat mementingkan kualiti produknya dan imej jenamanya. Tujuan kajian saintifik dan teliti oleh Felda adalah semata mata untuk menghasilkan “Makanan Ternakan Terpilih Dengan Formulasi Saintifik Untuk Hasil Tinggi Dan Produk Buermutu”. Dengan tujuan itu pallet Biopalma ini dihasilkan. Kaedah GMP dan HACCP diguna pakai dalam proses penghasilan pallet Biopalma untuk menjamin mutu produk seterusnya menjamin kesihatan dan menggalakkan kadar pertumbuhan haiwan ternakan anda tanpa ada sebarang kesan sampingan. Adalah tanggungjawab kita sebagai penternak untuk membekalkan hasil yang bebas dari kesan sampingan untuk kegunaan umat manusia.


5. Apakah kesannya ke atas kambing saya?

Setiap penternak inginkan kambing yang sihat dan cantik. Kambing anda tentunya akan memperolehi khasiat yang diperlukan untuk proses tumbesaran yang tinggi. Kambing anda menjadi sihat dan gembira dengan tubuh yang sihat dan bulu yang cantik. Kambing yang sihat dan gembira tentunya akan membesar dengan kadar yang tinggi. Kambing yang sihat dan gembira juga tentunya lebih mudah untuk mengeluarkan anak anak yang berkualiti. Anda juga akan menjadi penternak yang gembira.

6. Betulkah harganya murah? Kenapa harganya murah?

Harga Pallet Biopalma Felda adalah lebih murah berbanding dengan kebanyakan makanan ternakan di pasaran. Jika anda teliti kualiti Pallet Biopalma Felda ini dan anda faham akan konsep harga dan nilai, anda tentu akan dapati harga yang anda bayar adalah setara dengan nilai yang diperolehi.

Harga Pallet Biopalma Felda amat murah jikalau dibandingkan dengan mutu dan hasil yang diperolehi. Seperti yang anda sedia maklum, Felda adalah pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia. Dengan jaringan dan kapasiti yang tingi, Felda dapat mengurangkan kos untuk memperolehi PKE dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan pallet makanan ternakan yang bermutu tinggi dengan kos yang lebih rendah.

Nota: Harga makanan ternakan telah melambung tinggi akhir-akhir ini. Tetapi harga yang tinggi sahaja belum tentu menjamin kualiti makanan ternakan itu. Kami menggalakkan anda meneliti kualiti kandungan bahan makanan ternakan sebelum membuat keputusan. Pastikan harga yang anda bayar adalah setara dengan nilai yang diperolehi.


6. Berapakah pelaburannya?

Pelaburan untuk makanan adalah amat penting. Dengan Pallet Biopalma Felda, pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum. Kami membekalkan:

1. Pallet Biopalma Feedlot Felda dengan hanya RM30 untuk satu bag 50kg!
2. Pallet Biopalma Goat / Sheep Felda dengan hanya RM36 untuk satu bag 50kg!

Penternak yang telah menggunakan Pallet Biopalma Felda amat berpuashati dengan hasil pelaburan mereka. Pelaburan anda bukan sahaja dari segi kewangan, ianya juga melibatkan masa dan tenaga anda. Masa anda yang terbuang tidak akan dapat diganti. Dapatkan pulangan yang maksimum untuk pelaburan wang, tenaga dan masa anda. Dapatkan Pallet Biopalma Felda sekarang.

Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.

Jika anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.

Nutriblok and Molife dari Mardi


Blok Nutrien Nutriblok dan Cecair Nutrien Molife Hasil Kajian Saintifik Dan Terperinci Mardi.


1. Apa itu Nutriblok dan Molife? Siapa yang menjalankan kajian terhadap Nutriblok dan Molife?

Blok nutrien berkhasiat Nutriblok dan cecair minuman nutrien berkhasiat Molife adalah hasil kajian saintifik dan terperinci oleh Mardi. Mardi yang dikenali sebagai badan yang mementingkan kualiti yang dapat membantu penternak tempatan dan bukan keuntungan semata mata, pengeluarannya hanya dilesenkan kepada syarikat Matech setelah Mardi benar benar berpuas hati dengan hasil kajiannya. K

2. Di manakah kajian ini dilakukan? Apakah hasil kajian saintifik dan terperinci oleh Mardi itu?

Kajian dilakukan di Malaysia untuk penggunaan penternak di Malaysia. Kajian menunjukkan tanah di Malaysia tidak dapat membekalkan cukup nutrien untuk tumbuhan makan ternakan. Ini menjejaskan bekalan nutrien kepada kambing anda seterusnya membantutkan kadar tumbesaran dan tahap kesihatan kambing anda. Kajian dijalankan untuk mendapatkan nutrien blok dan cecair nutrien yang dapat membekalkan bukan sahaja keperluan garam mineral tetapi juga protein, tenaga dan vitamin seterusnya menambahkan selera pemakanan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan haiwan ternakan anda.

Hasilnya terciptalah nutrien blok Nutriblok dan cecair nutrien Molife. Nutriblok dan Molife mempunyai fungsi untuk membekalkan protein, garam galian dan vitamin yang diperlukan oleh haiwan ternakan dengan kos yang lebih rendah berbanding blok garam yang diimpot. Penggunaan blok ini juga dapat mengawal jangkitan cacing terhadap haiwan ternakan anda.

3. Adakah Nutriblok dan Molife lebih baik daripada blok garam impot? Mengapa harganya lebih murah?

Mardi telah menjalankan kajian khusus untuk menjadikan blok nutrien Nutriblok dan cecair nutrien Molife ini lebih berkesan berbanding blok garam yang diimpot. Untuk makluman anda Nutriblok dan Molife membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin yang amat diperlukan untuk ternakan di Malaysia berbanding dengan blok garam impot yang tidak membekalkan protein dan tenaga dan di hasilkan untuk ternakan yang hidup di persekitaran yang berbeza dengan di Malaysia. Kosnya dapat dikurangkan dengan penghasilan di dalam negeri dan pengunaan bahan bahan yang boleh didapati di dalam negeri. Anda, penternak tempatan, cuma perlu melakukan pelaburan yang lebih rendah untuk mendapatkan produk yang lebih baik.

4. Kenapa ada blok nutrien dan cecair nutrien? Apa perbezaannya dari segi penggunaan?


Molife pula mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan Nutriblok kecuali ianya tidak mempunyai kebolehan untuk mengawal pembiakan cacing dalam haiwan ternakan. Tetapi kelebihannya sebagai cecair membuatkan ianya lebih mudah untuk digunakan dan lebih mudah dan lebih cepat diserap oleh haiwan ternakan.

Tidak semestinya kesemua ternakan anda suka menjilat Nutriblok atau blok garam, tetapi pasti kesemuanya akan minum air. Jika anda campurkan Molife kedalam bekalan air minuman untuk ternakan anda, anda dapat memastikan bekalan garam mineral, protein, tenaga dan vitamin yang cukup untuk ternakan anda.

Ianya juga amat berguna terutama sekali untuk haiwan ternakan yang sakit, lemah dan tidak berupaya untuk makan atau menjilat Nutriblok. Anda boleh menggunakan picagari untuk memasukkan cecair molife yang telah dibancuh dengan air kedalam mulut haiwan ternakan anda. Masukkan dengan perlahan dan halakan kebahagian pipi untuk mengelakkan cecir dari memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini anda dapat membantu haiwan yang sakit dan lemah dengan membekalkan khasiat, garam mineral dan vitamin yang amat diperlukan untuk proses pemulihan. Ianya amat penting kerana anda dapat menghindarkan kambing anda mati akibat kekurangan bahan nutrien.

5. Berapa pelaburannya?

Pelaburan untuk makanan tambahan adalah amat penting. Ia menjamin kambing anda dibekalkan dengan bahan bahan berkhasiat yang secukupnya untuk menghasilkan kadar tumbesaran dan pembiakan yang menguntungkan. Dengan Blok Nutrien Nutriblok dan Cecair Nutrien Molife pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum.

Kami membekalkan:
1. Blok Nutrien Nutriblok dengan hanya RM15 untuk satu blok 4kg!
2. Cecair Nutrien Molife dengan hanya RM12 untuk satu botol 1.5 liter!

Nota: 30ml Cecair Molife, lebih kurang sebanyak satu sudu besar, dicampurkan dengan 3 liter air untuk minuman seekor kambing sehari.

Penternak yang telah menggunakan Nutriblok dan Molife amat berpuashati dengan hasil pelaburan mereka. Pelaburan anda bukan sahaja dari segi kewangan, ianya juga melibatkan masa dan tenaga anda. Masa anda yang terbuang tidak akan dapat diganti. Dapatkan pulangan yang maksimum untuk pelaburan wang, tenaga dan masa anda. Dapatkan Nutriblok dan Molife sekarang.

Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.

Jikalau anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.

Wednesday, May 16, 2007

Nutriblok dan Molife


Nutriblok

Apa itu Nutriblok?
*Diet sampingan yang praktikal untuk haiwan ruminan.
*Dihasilkan dengan kajian dan pembangunan produk oleh MARDI
*Membekalkan tenaga,protein, mineral dan vitamin yang mencukupi
*Dibuat menggunakan formula khas hasil kajian terperinci oleh MARDI
*Menggunakan sumber makanan tempatan untuk keperluan ternakan tempatan
*Nutriblok dan Molife hanya dilesenkan untuk pengeluaran setelah MARDI berpuas hati dengan hasil kajiannya


Apa kebaikannya untuk kambing saya?
*Anda akan dapat lihat peningkatan selera makan kambing anda
*Mengatasi ketidakseimbangan dan kekurangan vitamin dan mineral kambing anda
*Anda akan dapat lihat kadar pertumbuhan kambing bertambah
*Amat sesuai untuk kambing yang dipelihara dalam sistem pemakanan yang berbeza
*Sesuai untuk kambing yang dipelihara di ladang-ladang
*Kaedah yang praktikal untuk mengawal jangkitan parasit dan cacing bagi kambing anda
*Kambing lebih gembira, anda juga lebih gembira
*Anda akan dapat lihat hasil pelaburan anda bertambah



*Untuk penternak di kawasan Selatan, boleh mendapatkan bekalan Nutriblok dan Molife dari Ladang Boer Merlong di alamat: No. 3, Merlong Tambak, Sungai Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Sila hubungi Pak Man di 0133088409, Pak Zam 0167046439 atau Faidzal 0123706480*

Mengapa Nutriblok Lebih Baik dari Blok Garam?

1. Kriteria Nutriblok
Membekalakan tenaga Ya
Membekalkan protein Ya
Membekalkan mineral Ya
Membekalkan vitamin Ya
Atasi parasit Ya
Kos/ kg Rendah

2. Kriteria Blok Garam
Membekalakan tenaga Tidak
Membekalkan protein Tidak
Membekalkan mineral Ya
Membekalkan vitamin Sebahagian
Atasi parasit Tidak
Kos/ kg Tinggi

Berapa pelaburannya?

Pelaburan untuk makanan tambahan adalah amat penting. Dengan Blok Nutrien Nutriblok dan Cecair Nutrien Molife pelaburan anda tentunya akan mendatangkan hasil yang optimum. Kami membekalkan:
1. Blok Nutrien Nutriblok dengan harga RM15 untuk satu blok 4kg.
2. Cecair Nutrien Molife dengan harga RM12 untuk satu botol 1.5 liter.
Kami sedia berunding untuk pembelian dengan jumlah yang tinggi.

Jikalau anda menternak kambing atau lembu di kawasan sekitar Batu Pahat atau Pontian, Johor Darul Takzim, anda boleh mendapatkan bekalan makanan ternakan Pallet Biopalma dari Felda, blok berkhasiat Nutriblok dan cecair berkhasiat Molife dari Mardi dan cecair EM (Effectice Micro Organisme) dari Ladang Ternakan Merlong, Merlong Tambak, Johor. Sila Hubungi kami: Faidzal 0123706480, Pak Man 0133088409, Pak Zam 0167046439, Shazali 0192737720.


*Untuk penternak di kawasan Selatan, boleh mendapatkan bekalan Nutriblok dan Molife dari Ladang Boer Merlong di alamat: No. 3, Merlong Tambak, Sungai Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Sila hubungi Pak Man di 0133088409, Pak Zam 0167046439 atau Faidzal 0123706480*

Makan Nutriblok, Minum Molife, Kambing Anda Jadi Sihat dan Kuat!
http//:merlongboerfarm.blogspot.com

Monday, May 14, 2007

Kambing Cross United Nations


Gambar kambing cross United Nations (berbagai jenis) yang di ternak oleh Ladang Sri Millch di Banting , Selangor.

Kambing kambing ini adalah cross dari berbagai jenis antaranya British Alpine, Saneen, Jamnapari, Katjang dan Boer.



Memandangkan harga Boer yang tinggi masa ini, mungkinkah ianya idea yang baik kalau ibu ibu dari cross UN ini digunakan untuk cross breeding dengan Fullblood Boer jantan.

Harga Daging Kambing Tempatan pada 7 May 2007


Menurut sumber dari KPDNHEP (www.kpdnhep.gov.my), harga 1kg daging kambing tempatan pada 7 May 2007 di bandar-bandar besar adalah seperti berikut: Kangar 28.00, Alor Setar 30.00, Pulau Pinang 28.00, Ipoh 21.00, Klang, 28.00, KL 25.00, Seremban 23.00, Melaka 20.00, Johor Bharu 24.00, Kuantan 27.00, KT 22.00, KB 22.00 dan Kuching N/A, Kota Kinabalu N/A.

Tidak ada perbezaan dengan harga daging kambing tempatan pada 7 April 2007.

Jikalau ada perbezaan harga di atas dan harga di tempat anda , sila letakkan comment.


Majulah Industri Ternakan Kambing Untuk Negara!

Daging sihat, badan kuat!
http://merlongboerfarm.blogspot.com
Great Goat Rearing Resources Click Here!